Home

Kampus KL

E-mail Print PDF

Kampus Kuala Lumpur (KL)

Unit Penyelenggaraan Kampus KL terbahagi kepada beberapa bahagian dengan tugas dan tanggungjawab tertentu iaitu Bahagian Awam, Bahagian Mekanikal, Bahagian Elektrikal dan Bahagian Telefon.

 

Operasi Bahagian Awam meliputi tugas :

  • Memantau, merancang dan menyedia sebutharga untuk kerja-kerja baikpulih dan naiktaraf kemudahan, struktur dan kemasan dalam bangunan yang meliputi item-item seperti struktur asas bangunan (asas, rasuk bumbung, papak lantai bumi, saliran), tangga, pintu, tingkap, bumbung, dinding, lantai, tandas, siling dan lain-lain lagi yang berkaitan.
  • Mengawalselia dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik melalui sebutharga.
  • Menyemak di tapak dan memastikan segala aduan kerosakan berkenaan bangunan dari pengguna dapat diselesaikan.
  • Membuat persiapan fizikal untuk sebarang majlis atau acara oleh UKM Kampus KL serta tunggusedia.

 

Operasi Bahagian Mekanikal meliputi tugas :

  • Memantau, merancang dan menyedia sebutharga untuk kerja-kerja Sistem Mekanikal seperti Hawadingin Berpusat, Hawadingin Berasingan, Pemampatan udara untuk kerusi gigi dll.
  • Merawat air dan sistem Vakum untuk kerusi gigi (Dental Chair).
  • Mengawasi Sistem Pencegah Kebakaran, pam-pam air dan kumbahan, sistem gas dan sistem penyejuk air.
  • Memantau pam air menara penyejuk.
  • Memantau kerja-kerja penyelenggaraan oleh kontraktor panel dan kontraktor yang dilantik melalui sebutharga.


Operasi Bahagian Elektrikal meliputi tugas :

  • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan harian/melaksanakan aduan kerosakan pengguna di bangunan-bangunan Kampus KL, Kolej Tun Syed Nasir 1, 2, 3, 4 dan 5; Bangunan Yayasan Selangor (Aras 4, 5, 6, 7, 17) dan Kompleks Khidmat Masyarakat Tanjung Karang.
  • Mengawasi kontraktor elektrik melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan
  • Membuat pemeriksaan elektrik bersama Jurutera Perunding Elektrik di Bilik Pencawang Elektrik 1, 2, 3 ; KTSN 1, dan Kompleks Khidmat Masyarakat Tanjung Karang.
  • Menyedia dan membuat kerja-kerja dokumentasi kerja-kerja elektrik.
  • Kerja-kerja tunggusedia dan duty chiller (ON/OFF) hawadingin berpusat.
  • Kerja-kerja ON/OFF hawadingin, tunggusedia elektrik dan PA sistem di Dewan Serbaguna KTSN atas permintaan pengguna.
  • Membuat ujian Generator dan pemeriksaan elektrik di Sub-Station 1, 2, 3 dan KTSN secara berkala (dua kali pada setiap bulan).


Operasi Bahagian Telefon meliputi tugas :

  • Menjalankan kerja-kerja baikpulih talian telefon
  • Memantau dan merancang penyediaan kerja untuk Sistem PABX
  • Menyedia sebutharga untuk kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian telefon termasuk kabel telefon dalam tanah
  • Menjalankan kerja-kerja mencetak bil telefon untuk setiap bulan
  • Memasukkan data terkini untuk setiap akhir bulan bagi memastikan semua data adalah terkini
  • Memantau sistem 'Voice Guide' untuk nombor sambungan yang diaktifkan


Last Updated ( Thursday, 22 July 2010 15:52 )