Jabatan Pembangunan Prasarana UKM

 Mesra Pelanggan

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpah dan kurniaNya. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang melayari laman sesawang rasmi Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). JPP merupakan Jabatan teknikal yang bertindak sebagai Jabatan Utama dalam melaksanakan program pembangunan dan penyelenggaraan di UKM merangkumi penyediaan kemudahan infrastruktur dan prasarana serta persekitaran yang kondusif untuk warga UKM khususnya. Adalah menjadi matlamat JPP untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan bagi memenuhi visi dan misi serta objektif kualiti yang telah ditetapkan.

Adalah diharapkan, melalui laman sesawang ini pihak kami dapat menyampaikan maklumat yang berkaitan dan terkini kepada pelawat. Selaras dengan moto “Mesra Pelanggan”, pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan membina dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Ikhlas,

ZOLKEFLI BIN MOHAMED