MAKLUMAN : Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual

Sebagaimana siaran media SYABAS bertarikh 1 April 2016, berlaku gangguan bekalan air di Hulu Langat akibat permintaan air yang tinggi berikutan cuaca panas ketika ini. UKM termasuk dalam antara senarai pengguna yang mengalami gangguan ini.

Bagi menangani masalah ini, pihak pengurusan universiti telah melakukan pemantauan rapi secara berterusan serta mengambil langkah segera bagi mengurangkan kesan gangguan terhadap UKM. Sehubungan itu, pihak pengurusan universiti menyeru agar warga UKM dapat berjimat cermat dalam penggunaan air dan melaporkan kepada pihak JPP dengan kadar segera sekiranya terdapat kebocoran atau kerosakan pada sistem perpaipan di PTJ masing-masing.
Selain itu, warga UKM yang meletak kenderaan di kawasan kolej kediaman dimohon agar tidak menghalang laluan untuk lori menghantar bekalan air ke tangki-tangki statik. Sekian, terima kasih.