
Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains anjuran Petrosains Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan Petrosains, kembali pada tahun ini dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM10,000.
Pemenang pertama bakal menerima wang tunai RM5 000 dan Pengalaman Menarik Bersama Petrosains, manakala tempat kedua bakal membawa balik wang tunai RM3 000, diikuti tempat ketiga dengan wang tunai RM1 000, selain Barangan PETRONAS Motorsports, Tiket Persembahan Dewan Filharmonik Petronas, Barangan Petrosains, Petrosains Membership, Plak serta Sijil Penyertaan. Selain itu hadiah saguhati RM500 juga menanti peserta.
Penyertaan para pelajar dalam aktiviti ini mampu mencungkil bakat dan potensi dalam bidang rekacipta dan inovasi berteraskan sains dan teknologi, membangunkan kemahiran hard and soft skill dan melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan multi-tasking ke arah mencapai misi Negara.
Petrosains ialah pusat sains interaktif yang menceritakan mengenai sains di sebalik industri petroleum negara ini dengan penampilan kreatif dan interaktif. Ia komitmen dan sumbangan khas Petronas dalam membantu membentuk masyarakat yang berbudaya sains dan cenderung menimba ilmu.
Pertandingan yang dimulakan pada tahun 2009 itu disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Berita Harian dan The New StraitsTimes. Pada tahun 2010, pertandingan berkenaan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dan terbuka untuk pelajar sekolah menengah tingkatan atas saja, namun pada tahun lalu dibuka untuk kategori menengah rendah juga. Tahun ini, pertandingan berkenaan kembali lagi dan kini dibuka untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi.
Pertunjukan Sains Petrosains 2013 kini dibuka untuk penyertaan. Untuk keterangan lanjut dan borang penyertaan, sila layari laman sesawang http://www.petrosains.com.my/science-show-competition.
Penyertaan pertandingan dibuka bermula Februari ini dan tarikh tutup penghantaran borang penyertaan adalah pada 30 Jun 2013.
|
PENYERTAAN
|
- 30 Jun : Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan , skrip dan rakaman persembahan
|
|
PEMILIHAN
|
- 1 Julai – 31 Ogos : Penilaian dan pemilihan 8 persembahan terbaik
|
|
AKHIR
|
- 27 Oktober @ KLCC
- Venue : TBA
|
Hadiah Pertandingan Akhir
JOHAN
} RM5000 + Pengalaman Menarik Bersama Petrosains + Barangan PETRONAS Motorsports + Tiket Persembahan Dewan Filharmonik Petronas + Barangan Petrosains + Petrosains Membership + Plak + Sijil Penyertaan
NAIB JOHAN
} RM3000 + Barangan PETRONAS Motorsports + Tiket Persembahan Persembahan Dewan Filharmonik Petronas + Barangan Petrosains + Petrosains Membership + Plak + Sijil Penyertaan
TEMPAT KETIGA
} RM2000 + Barangan PETRONAS Motorsports + Tiket Persembahan Persembahan Dewan Filharmonik Petronas + Barangan Petrosains + Petrosains Membership + Plak + Sijil Penyertaan
SAGUHATI
} RM500 + Barangan PETRONAS Motorsports + Tiket Persembahan DFP + Barangan Petrosains + Petrosains Membership + Plak + Sijil Penyertaan
>> Borang Penyertaan (.PDF; 142kb)
>> Deskripsi Demo (.PDF; 313kb)
>> Syarat Pertandingan (.PDF; 62kb)
>> Terma & Syarat (.PDF; 134kb)