Unit Perumahan Pelajar

Unit Perumahan Pelajar merupakan salah satu Unit di bawah HEP yang yang berfungsi memberi perkhidmatan kepada para pelajar dari segi kemudahan infrastruktur kolej kediaman. Selain daripada itu, UPP juga memberikan perkhidmatan kepada tetamu-tetamu UKM seperti ibu bapa untuk menginap dengan menyediakan Rumah Tamu UKM.

Perkhidmatan dan Kemudahan

  1. Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan kondusif untuk mahasiswa UKM.
  2. Menyedia kemudahan asas untuk aktiviti sahsiah dan kebajikan mahasiswa di kolej-kolej kediaman.
  3. Berfungsi sebagai urusetia bagi menyelaras penempatan organisasi luar dan persatuan pelajar.
  4. Mengurus penginapan dan kemudahan Rumah Tetamu dan Pangsapuri-Pangsapuri UKM.
  5. Mengurus dan mentadbir peruntukan dan perolehan kewangan unit perumahan pelajar
  6. Merancang keperluan latihan dan kursusu untuk kakitangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan.

 

Tawaran Penempatan Pelajar

  1. Kolej membuat tawaran penginapan kepada pelajar melalui sistem www.ukm.my.upp
  2. Pelajar membuat pengesahan melalui sistem www.ukm.my/upp. cetak borang 1 salinan beserta  2 keping gambar dan hantar ke pejabat kolej.
    • Jika terima, kolej akan membuat agihan bilik-bilik penginapan
    • Jika tolak tawaran, pelajar perlu mengisi borang permohonan tinggal luar kolej/buat surat tolak tawaran dan hantar ke pejabat kolej.
  3. Pusat Teknologi Maklumat dan Jabatan Bendahari akan menaikkan caj penginapan dalam sistem untuk potongan PTPTN.
  4. Daftar masuk penginapan


  
Unit sebarang pertanyaan berkenaan Unit Perumahan, sila hubungi:
Ketua
Unit Perumahan
Paras 3, Bangunan PUSANIKA
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor.
Ketua : 603 8921 5307
Pejabat Am : 603 8921 4519 / 5071 / 5304
Rumah Tetamu : 603 8921 3114

Faks: 603 8925 9884
Email : harfiz@ukm.my