jqma

Journal of Quality Measurement and Analysis

Nombor ISSN: 1823-5670
Kekerapan : 2 keluaran setahun

Keluaran Terkini
Keluaran Lepas

 

AM

Manuskrip yang dihantar kepada Jurnal mestilah tidak pemah diterbitkan atau diterima untuk penerbitan dalam jumal-jumal yang lain. Manuskrip hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris (UK). Walau bagaimanapun abstrak dan tajuk mestilah dalam kedua-dua bahasa bagi penulis tempatan.

MANUSKRIP

Manuskrip hendaklah ditaip menggunakan fon Times New Roman 11 poin langkau 2 baris pada sebelah muka surat sahaja (saiz A4, 21 cm x 29.7 cm) dengan jidar 3.81 cm di bahagian atas, 3.50 di bahagian bawah dan 3.17 cm di bahagian kiri dan kanan. Manuskrip hendaklah disusun mengikut urutan: Tajuk, Nama Penulis, Abstrak (tidak melebihi 250 perkataan), Teks, Penghargaan, Rujukan dan alamat penulis ditaip santak kiri selepas senarai Rujukan. Tajuk Rajah, Rajah dan Ilustrasi dan Jadual seelok-eloknya mengikut contoh dalam templat yang boleh dimuat turun dari laman jurnal di alamat http://www.ukm.my/jqma . Muka surat hendaklah dinomborkan berurutan mulai dari muka pertama (muka tajuk), santak luaran halaman. Untuk memudahkan kerja penyuntingan dan menyegerakan penerbitan, para penulis adalah digalakkan mengikut format templat yang dimaklumkan itu. Tiga salinan manuskrip termasuk jadual, rajah dan ilustrasi (satu asal dan dua salinan) hendaklah dihantar kepada Ketua Penyunting / Penyunting Pengurusan. Manuskrip juga boleh dihantar secara mel-e kepada sidang penyunting atau kepada alamat mel-e jqma2005@yahoo.com/lg@.ukm.my.

RUJUKAN

Penggunaan rujukan di dalam teks mestilah menggunakan sistem pengarang-tarikh. Misalnya, Shaharir (2002) atau (Abdul Razak 2000; Maslina & Thomas 2000). Semasa merujuk, urutan penyenaraian hendaklah mendahulukan rujukan penulis tunggal diikuti oleh rujukan lain. Rujukan yang disenaraikan pada penghujung teks mestilah disusun mengikut abjad dan disenaraikan seperti berikut:

Untuk makalah daripada jurnal: Nama pengarang, tahun, tajuk, nama jurnal, jilid dan halaman. Misalnya:

Maslina D. & Thomas D.K. 2000. The Fekete-Szego theorem for strongly close-to-convex functions. Scientiae Mathematicae 3(2): 201-212.

Untuk buku: Nama pengarang, tahun, tajuk, tempat diterbitkan dan penerbit. Misalnya:

Shaharir M.Z. 2002. Fungsi Matematik Teritlak. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nama pengarang hendaklah dimulai dengan nama pilihan/keluarga pengarang dan diikuti oleh parap (huruf-huruf pertama nama lainnya) seperti contoh di atas. Tiada koma selepas nama pilihan/keluarga.

PERSAMAAN / AYAT SAINS MATEMATIK

Semua simbol atau ayat matematik mestilah dalam format yang betul. Persamaan matematik hendaklah disediakan dengan menggunakan MathType atau Microsoft Equation Editor. Simbol matematik tunggal boleh menggunakan selitan simbol dalam Ms-Word. Setiap ayat matematik mestilah dimulakan pada ensotan pertama selepas langkau satu baris. Jika ia dirujuk dalam teks, persamaan mestilah dinomborkan dengan nombornya dalam kurungan dan santak kanan.

PENGGUNAAN SIMBOL(…)

Untuk menandakan ‘dan seterusnya’, khususnya dalam ayat matematik, gunakan konvensyen piawai tiga titik (…) sahaja. Misalnya: Persamaan tersebut adalah benar untuk x = 1, 2, 3, … . Titik keempat yang jarak seketukan daripada tiga titik itu adalah tanda noktah dalam contoh ini.

RAJAH / ILUSTRASI

Gambar rajah atau ilustrasi seelok-eloknya disediakan dalam bentuk hitam-putih sahaja. Sekiranya rajah perlu dikecilkan untuk penerbitan, ia mestilah jelas dan tajam agar akan jelas kelihatan.

PEWASITAN

Semua manuskrip akan dinilai oleh seorang wasit atau lebih. Nama wasit adalah dirahsiakan daripada penulis.

YURAN PENERBITAN

Penulis akan dikenakan yuran penerbitan sebanyak RM150.00 per makalah yang diperakukan terbit. Yuran untuk manuskrip luar negara ialah US$100.00. Penulis akan dikirimkan senaskhah jurnal. Maklumat lanjut tentang penerbitan dan jurnal dipaparkan dalam laman sesawang jurnal.

PENYEMAKAN PRUF

Makalah yang diperakukan untuk diterbitkan akan disunting oleh sidang penyunting. Penulis akan hanya diminta memastikan kesahihan fakta di dalam pruf satu sahaja. Dua salinan pruf akan dihantar kepada penulis dan penulis diminta menandatangan dan mengembalikan satu daripadanya setelah memastikan tiada kesilapan fakta di dalamnya. Makalah yang diterbitkan akan menjadi hak milik JQMA.

TEMPLAT JQMA

1. Papar Templat / View Template

2. Papar Templat dengan Panduan Menformat / Guided Template for Fast Reference (Formatting)

3. Muat turun Templat Bahasa Melayu (MsWord) / Download Template (MsWord)

 

RUJUKAN BERGUNA

Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP - Semakan ejaan, istilah DBP, MABBIM, pelbagai kamus dan lain-lain secara dalam talian.

 

PENGHANTARAN MANUSKRIP

Tiga salinan manuskrip dalam bentuk lengkap (satu asal dan dua salinan), langkau 1.5 baris hendaklah dihantar kepada:

Ketua Penyunting / Penyunting Pengurusan JQMA
Pusat Pengajian Sains Matematik
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor DE
MALAYSIA
Tel: 03-8921 3712 / 5712 /5714, Fax: 03-8925 4519
E-mail: jqma2005@yahoo.com / lg@ukm.my

Manuskrip juga digalakkan dihantar sama secara elektronik kepada alamat mel-e di atas.

Manuskrip digalakkan dikirim dalam kedua-dua format Ms-Word dan pdf. Manuskrip yang mempunyai persamaan atau gambar rajah yang kompleks digalakkan dihantar dalam kedua-dua versi bercetak dan elektronik.