Majlis Hi-Tea Kelab Alumni Geologi UKM dan Majlis Menandatangan Memorendum Persefahaman antara IGM dan UKM

 

Pada hari Sabtu 21/05/2022 yang lepas, bertempat diHotel Bangi Resort, sebuah Majlis Hi-Tea telah diadakan bersempena pelancaran Kelab Alumni Geologi UKM dan Majlis Menandatangani MoU antara Institut Geologi Malaysia (IGM) dan UKM. Majlis ini dirasmikan oleh Prof. Dato’ Ir Dr Abdul Wahab Mohammad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwa Penyelidikan & Inovasi (HEPI), dan turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Felo Penyelidik Lestari, Prof. ChM Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains & Teknologi, Dr. Mohd Rozi Umor, Ketua Program Geologi dan Encik Abd Rasid Jaapar, Presiden IGM.

Majlis ini berlangsung secara gilang gemilang dan berjaya mengumpulkan seramai lebih 135 alumni gugusan Geologi dari tahun 1974 hingga 2021 dan turut meraih dana bagi tabung Geologi UKM sebanyak RM60 000.

Syabas dan tahniah diucapakan kepada Program Geologi!