Majlis Penerimaan Tajaan Hadiah H. D. Tjia oleh Terrain Resources Sdn Bhd (TRSB)

Pada 21/2/2022, bertempat di Dewan Persidangan FST, suatu majlis penerimaan tajaan hadiah H. D. Tjia daripada syarikat Terrain Resources Sdn Bhd telah berlangsung. Penyerahan mock cheque kepada Dekan FST, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad dilakukan oleh Pengarah Urusan TRSB, Encik Syd Lukman Hakim dengan nilai tajaan sebanyak RM 10 000 bagi tempoh 10 tahun. Hadiah bernilai RM1000 bakal dianugerahkan kepada seorang pelajar sarjana kerja kursus di bawah Program Geologi Kejuruteraan dan Program Geofizik Kejuruteraan & Persekitaran yang mencapai gred kecemerlangan keseluruhan (CGPA) melebihi 3.5 di akhir tahun pengajian. Terima kasih TRSB dan syabas program Geologi!