Bengkel Tesis ke Buku JSBAS 2022

Bengkel Penukaran Tesis kepada Buku Berimpak Siap dalam Masa 3 Hari: Aplikasi HRST selama 3 hari kelolaan Jawatankuasa Penerbitan Buku telah berlangsung dengan jayanya pada 15, 16 dan 19 September 2022 di Bilik Mesyuarat Geologi. Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Halim Haji Razali dan telah disertai oleh lebih 20 orang pelajar siswazah dan pensyarah.

 

Di akhir bengkel, draft buku yang telah siap akan dihantar ke Penerbit UKM untuk pertimbangan penerbitan pada tahun 2023.