Majlis Suai Mesra JSBAS bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi

Majlis suai mesra JSBAS bersama Ybhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi telah diadakan pada 14/11/2022 di Bilik Mesyuarat Geologi. Majlis telah dihadiri oleh Dekan FST, Prof. Chm. Dr. Ishak Ahmad, Pengerusi JSBAS, Prof. Dr. Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, para pensyarah dan para pelajar.

Semasa majlis berlangsung, dialog ringkas antara Ybhg. Prof. bersama para pensyarah dan pelajar membuka ruang untuk perbincangan sepintas lalu ke atas isu-isu geran, mobiliti pensyarah baru ke luar negara melalui attachement, hala tuju penyelidikan secara bersama dan pelbagai lagi. Pada akhir majlis, sesi serahan kunci bilik kepada Ybhg. Prof turut dilakukan sebagai simbolik penempatan beliau di Bangunan Geologi selepas ini.