Mou bersama PETRONAS

Suatu mesyurat perbincangan oleh pasukan Petronas melibatkan penglibatan program Geologi dan Jabatan di dalam penyelidikan mereka telah dijalankan baru-baru ini. Usahasama ini memberikan peluang kerjasama penyelidikan bersama projek Petronas terutamanya melibatkan pencarian minyak dan gas di kawasan daratan. Usaha ke arah penyedian dokumen MoU sedang dijalankan di peringkat UKM dan adalah diharapkan penglibatan pihak UKM khususnya program Geologi bersama pihak industri berskala konglomerat ini meningkatkan taraf Geologi UKM ke persada antarabangsa.