Tahniah Dr. Hani dan pelajar Sains Sekitaran di atas penerimaan sijil penghargaan di dalam Majlis Apresiasi Rakan Strategik Pasport Keselamatan Niosh, Hilton KL oleh Menteri Sumber Manusia

Penerimaan sijil penghargaan untuk UKM daripada Menteri Sumber Manusia YB Sivakumar di Majlis Apresiasi Rakan Strategik Pasport Keselamatan Niosh, Hilton KL pada 7 Mac 2023. Seramai 120 pelajar UKM telah berjaya mendapat pasport keselamatan daripada Niosh dan wakil pelajar tahun 3 daripada Program Sains Sekitaran, Hanis Alwani bersama Dr. Hani Kartini antara barisan penerima sijil tersebut.

Tahniah diucapkan.