Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar

Tukimat Lihan

Prof. Madya Dr. Tukimat Lihan

BSc, MSc (UKM), PhD (Hokkaido)

Tel: +6 03 8921 4051 I Fax: +6 03 8925 3357 I E-mail:  matt@ukm.edu.my

Latar Belakang

Saya berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia semenjak 1995 sebagai Tutor dan kemudian sebagai Pensyarah pada tahun 1997. Bidang penyelidikan saya adalah berkenaan Sistem Penderiaan Jauh Sekitaran dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Aplikasi penderiaan jarak jauh dan GIS digunakan dalam penyelidikan saya untuk meramal potensi risiko hakisan dan pemetaan beban sedimen, pengesanan plum sungai, penilaian kesesuaian tanah untuk pertanian dan hubungan antara spesis habitat.

Penyelidikan dijalankan menggunakan geran dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Geran Universiti Penyelidikan dan Geran Industri. Geran yang diterima merangkumi variasi ruang dan masa bagi kajian plum Sungai Pahang dan kesannya terhadap kawasan pesisiran pantai menggunakan imej satelit, kajian profil menegak parameter bio-fizikal di plum Sungai Pahang, ramalan hakisan tanah menggunakan model Revised Universal  Soil  Loss  Equation (RUSLE), penderiaan jauh dan GIS, serta penyelidikan mengenai perlindungan hidupan liar dan pemeliharaan di dalam zon Hutan Tengah Pusat untuk pembangunan lestari projek hidroelektrik di Semenanjung Malaysia.

 

Kepakaran

  • Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Penderiaan Jauh (RS) Sekitaran
  • Potensi Risiko Hakisan dan Pemetaan Beban Sedimen menggunakan RS dan GIS
  • Pengesanan Plum Sungai menggunakan RS
  • Pemetaan Paya Bakau menggunakan imej satelit
  • Penilaian Kesesuaian Tanah untuk Pertanian
  • Penilaian Kesesuaian Habitat

 

Penyelidikan

  • Variasi Ruang dan Masa Plum Sungai Pahang dan Impaknya ke atas Kawasan Persisiran Pantai menggunakan imej satelit
  • Kajian profil Menegak Parameter Biofizikal Plum Sungai Pahang
  • Ramalan Hakisan Tanah menggunakan Integrasi Revised Universal Soil  Loss  Equation (RUSLE), RS dan GIS
  • Kajian Perlindungan dan Pemeliharaan Hidupan Liar di Central Forest Spine Zone untuk pembangunan mapan projek hidroelektrik di Semenanjung Malaysia

 

Pengajaran

  • STAE1223  Ekologi Akuatik
  • STAE2013  Pengenalan Penderiaan Jauh dan GIS
  • STAE2063  Penderiaan Jauh dan GIS Lanjutan
  • STAE2123  Ekologi Akuatik, Pesisir Pantai dan Tanah Lembab
  • STAE2233  Pengenalan Penderiaan Jauh dan GIS
  • STAE2352  Penderiaan Jauh dan GIS Lanjutan
  • STAE3202  Penggunaan dan Penilaian Tanah
  • STAL3053  Pengenalan Penderiaan Jauh Sekitaran
  • STAB6123  Pengurusan Data dan Sumber Taksonomi
  • STAE6013  Pengurusan Ekosistem Tasik dan Tanah Bencah
  • STAP6064  Sistem Maklumat Geografi dan Penderiaan Jauh

 

Penerbitan Terpilih

  • Lihan, T., Khodri, N.F., Mustapha, A.M., Rahman, Z.A. dan Idris, W.M.R. 2018. Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS. Sains Malaysiana 47: 1- 10
  • Nurdin, S., Mustapha, A.M., Lihan, T. and Zainuddin, M. 2017. Applicability of remote sensing oceanographic data in the detection of potential fishing grounds of Rastrelliger kanagurta in the archipelagic waters of Spermonde, Indonesia. Fisheries Research 196 : 1-12
  • Ibrahim, N.A., Mustapha, M.A., Lihan, T. and Mazlan, A.G. 2015. Mapping mangrove changes in the Matang Forest using multi temporal satellite imageries. Ocean & Coastal Management 114: 64-76
  • Lihan, T., Mustapha, M.A., Rahim, S.A., Saitoh, S. and Iida, K. 2011. Influence of river plume on variability of chlorophyll a concentration using satellite images. Journal of Applied Sciences 11(3): 484-493.
  • Lihan, T., Sei-Ichi, S., Iida T., Hirawake, T. and Iida K. 2008. Satellite-measured temporal and spatial variability of the Tokachi River plume. Estuarine, Coastal and Shelf Science 78: 237 – 249.