Buletin CITra-BsBt

Siri buletin TERKINI

Tentang CITra-BsBt
CITra-BsBt merupakan buletin jabatan yang memaparkan aktiviti penyelidikan semasa ahli jabatan untuk diwar-warkan kepada masyarakat. Setiap isu akan membawa tema tertentu serta aktiviti ahli-ahli dalam Jabatan Sains Biologi & Bioteknologi. Buletin ini akan diterbitkan dua kali setiap tahun.
Sidang Editor

Ketua Editor

Prof. Dr. Sheila Nathan

Editor

Doris Quay Huai Xia, Fareed Sairi, Nurulhikma Md Isa, Noor Liyana Sukiran, Shazilah Kamaruddin

Jurugambar

Shaiful Amri Bharudin

Muhamad Hafiz Che Othman

Apa itu CITra-BsBt?

CITra merupakan akronim kepada tiga perkataan utama yang menggambarkan visi dan misi jabatan iaitu "Cultivate, Innovate, Translate". "Cultivate" atau memupuk menggambarkan proses pengumpulan, pembangunan sumber manusia dan penjanaan ilmu baharu melalui penyelidikan dalam pelbagai bidang. Kefahaman yang mendalam dalam ilmu-ilmu yang diperoleh kemudiannya membolehkan proses merekacipta atau menambahbaik inovasi sedia ada (Innovate) dan kemudiannya diterjemahkan dan disampaikan kepada masyarakat (Translate).

Terbitan terkini

CITra-BsBt Volumes