Department of Biological Sciences & Biotechnology

 Jabatan Sains Biologi & Bioteknologi

DARI MEJA PENGERUSI

 

Saya berasa berbesar hati mempunyai sebuah pasukan yang cukup berdedikasi untuk memantau kejayaan penerbitan direktori akademik bagi Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ini merupakan himpunan ahli fakulti dengan kepakaran dan bidang penyelidikan masing-masing, yang kita harap dapat mempromosi kepakaran dan penyelidikan yang dijalankan di jabatan ini.

Walaupun ia tidak mungkin untuk benar-benar memberi gambaran sebenar kajian yang dilakukan oleh ahli akademik, direktori ini memberi gambaran teras dan titik penting kepakaran di pusat pengajian ini.

Kami menjangkakan dokumen ini sebagai kompendium maklumat yang boleh digunakan oleh ahli akademik, industri dan pelajar-pelajar, dari Malaysia dan seluruh dunia boleh membuat keputusan yang betul dalam usahasama yang sesuai, potensi pengkomersialan penyelidikan, potensi produk, perundingan, latihan dan penyeliaan. Kami berharap menerusi inisiatif proaktif pusat pengajian sat ini, keseluruhan agenda UKM sebagai Universiti Penyelidikan boleh dipertingkatkan lagi.

Memang niat kami ikhlas bahawa buku kecil mengenai kami ini, akan menyumbang kepada penterjemahan falsafah UKM untuk kebaikan masyarakat. Jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak pusat pengajian atau mana-mana pihak akademik secara langsung untuk memulakan kerjasama atau untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami berharap bahawa ini akan membawa kepada jalinan kerjasama yang berhasil dan hubungan yang kukuh dengan para pemegang kepentingan.

semoga berjaya

Prof. Dr Shukor Md Nor

Ketua Jabatan (2019-Current)
Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Translate »