Sains Ma1aysiana 27: 47-59  (1998)                                                                                                    Sains Bumi/

                                                                                                                                                                        Earth Sciences

 

Potensi Permineral di Sekitar Lembangan Sungai Pahang

(Mineralization potential of areas near Sungai Pahang Basin)

 

 

Goh Swee Heng & Tan Teong Hing

Jabatan Geologi

Fakulti Sains Fizis dan Gunaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi Selangor D.E.

 

 

ABSTRAK

 

Kawasan kajian terletak di sekitar Lembangan Sungai Pahang. Sebanyak 291 sampel sedimen dikutip untuk dianalisis unsur logam Sn, Pb, Cu, Zn, Fe, Mn, Ni, Cd, Cr, dan Au. Sejumlah 26 zon berpotensi permineralan telah dikenali. Corak taburan zon menunjukkan kawasan ini berpotensi dalam permineralan Sn, Au, Fe-Mn dan Pb-Cu-Zn. Permineralan Sn dan Au terletak di bahagian barat kawasan kajian yang berdekatan dengan zon Bentong-Raub Sutur, manakala permineralan Fe-Mn dan Pb-Cu-Zn bertabur dibahagian tengah dan timur kawasan kajian. Satu zon anomali yang sangat istimewa dan berpotensi dalam permineralan Fe-Mn dan Pb-Cu-Zn telah ditemui di bahagian selatan Temerloh, berdekatan dengan Sungai Bera, Sungai Serting dan Sungai Triang. Nilai-nilai anomali yang sangat tinggi dan laporan aktiviti perlombongan yang kurang di sini jelas menunjukkan kawasan ini mempunyai prospek yang baik untuk pejelajahan mineral. Selain daripada itu, hasil analisis korelasi antara unsur menunjukkan Cd, Fe, Mn, Pb, Cu dan Zn selalunya wujud secara berasosiasi. Keadaan ini mencadangkan bahawa Cd dan Zn masing-masing sesuai digunakan sebagai penunjuk untuk cari-gali mineral Fe-Mn dan Pb-Cu di kawasan ini. Analisis Ujian F (Fisher Test) ke atas zon yang berlainan dapat digunakan untuk mentafsirkan asalan proses pembentukan mineral-mineral di Lembangan Sungai Pahang. Besi dan mangan ditafsir terbentuk dari proses luluhawa disebabkan perbezaan yang rendah antara zon ujian F. Kuprum, zink dan kadmium pula menunjukkan perbezaan yang sederhana dan ditafsir berasal dari pembentukan secara hidroterma. Manakala, plumbum, nikel dan kromium menunjukkan perbezaan yang sangat tinggi, nikel dan kromium ditafsir berasal dari batuan bes dan ultrabes yang bertaburan terhad di sini. Manakala, plumbum dihadkan oleh sifat kelincahannya yang rendah.

 

ABSTRAK

 

The study area is located in the Sungai Pahang Basin and its immediate surrounding. A total of 291 stream sediment samples were collected for Sn, Pb, Cu, Zn, Fe, Mn, Ni, Cd, Cr and Au analysis. A total of 26 anomalous areas have been detected. From the distribution of the anomaly patterns there are indications of Au, Sn, Fe-Mn and Pd-Cu-Zn mineralization. Au and Sn mineralization is located in the western part of the study area near to Bentong Raub Sutur, whilst Fe-Mn and Pb-Cu-Zn mineralization occur in the center and eastern part of the study area. A very special anomaly zone that has a great potential for Fe-Mn and Pb-Cu-Zn mineralization was found in Southern Temerloh, in the proximity of Sungai Bera, Sungai Serting and Sungai Triang. The very high anomaly values and the lack of mining activities reported, has distinctly showed that these areas have a good prospect for exploration. Besides that, the correlation analysis indicates that Cd, Fe, Mn, Pb, Cu and Zn usually associated with each other. The correlation suggests that Cd and Zn are respectively suitable to be used as indicator for Fe-Mn and Cu-Pb minerals exploration in this area. Fisher Test analysis on various zones can be use to determine the mineralization processes in the Sungai Pahang Basin. Base on the small differences between the Fisher Test zones, Fe and Mn are interpreted as a result of weathering process. Bigger differences of Cu, Zn and Cd indicate that these minerals may form by hydrothermal as well as weathering processes. The biggest differences showed by Pb, Ni and Cr are interpreted to be base and ultrabase rocks origin, which is limited in this area. Whereas, Pb is limited by its low distribution characteristic.

 

 

RUJUKAN/REFERENCES

 

Chand, F. 1981. A manual of geochemical exploration methods. Kertas Khas 3 Penyiasatan Kajibumi, Jabatan Kajibumi Malaysia.

Govett, G.J.S. 1983. Handbook of exploration geochemistry. Oxford, New York: Elsevier Scientific Publishing Company.

Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. 1997. Malaysia minerals year book 1995/96.

Murdoch, J & Barnes, J.A. 1994. Statistik. Terj. Zuhaimy Ismail dan Wan Aini Wan Ibrahim. Sekudai: Unit Penerbitan Akademik Universiti Teknologi Malaysia.

Reedman, J.H. 1979. Techniques in mineral exploration. London: Applied  Science Publishers LTD.

Rose, A.W. 1997. Geokimia dalam penjelajahan mineral. Terj. Wan Fuad Hassan dan Tan Teong Hing. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tan, T.H. 1989. Kaedah geokimia gunaan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

 

 

 

sebelumnya