Sains Malaysiana 31:197-204 (2002)                                                                                            Sains Hayat /

Life Science

 

Penerimaan Program Susu Sekolah oleh Murid-murid

dan Ibu bapa di Daerah Hulu Langat

(Acceptability of School Milk Programme by Pupils and

Parents in Hulu Langat Area)

 

 

Sharifudin Md. Shaarani

Sekolah Sains Makanan & Pemakanan

Universiti Malaysia Sabah

Beg Berkunci 2073

88999 Kota Kinabalu, Sabah

 

Aminah Abdullah

Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

43650 UKM Bangi, Selangor D.E.

 

 

ABSTRAK

 

Satu tinjauan telah dilakukan untuk menilai penerimaan Program Susu Sekolah (PSS) oleh murid-murid dan ibu-bapa di daerah Hulu Langat. Tinjauan ini melibatkan 432 orang murid dari 6 buah sekolah rendah yang telah dipilih secara rawak. Dari setiap sekolah, 72 orang murid telah dipilih yang melibatkan murid-murid tahun 1 hingga 6. Hasil dari kajian ini didapati murid-murid yang terlibat dengan Skim Susu Percuma tidak menerima susu dua kali seminggu seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan tetapi masih menerima 56 kotak susu setahun. Kelewatan ini disebabkan oleh penghantaran susu yang dilonggokkan oleh syarikat pembekal. Keadaan ini juga menjejaskan prestasi Skim Susu Bayaran. Sebanyak 5.9% ibu-bapa menyatakan tidak akan membeli susu sekolah lagi dan 5.1 % meminta duit dikembalikan. Perkongsian susu dengan 'adik' didapati lebih tinggi (68.1%) pada tahap 11 berbanding tahap 1 (61.7%). Kebanyakan murid-murid tahap I (59.8%) dan II (69.8%) meminum susu di rumah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan ibu-bapa (59.8%) memastikan anak-anak mereka meminum susu di rumah dan seterusnya menggalakkan perkongsian berlaku dengan ahli keluarga. Keperihatinan ibu-bapa dapat dilihat daripada aspek sokongan yang diberi, duit tambahan untuk membeli susu dan usaha mereka untuk memeriksa tarikh luput susu sekolah.

 

 

RUJUKAN/REFERENCES

 

Chen, S.T. 1985. Impact of School Milk Programme on Nutritional Status of School Children. Dept. of Paediatrics & Social & Preventive Medicine, Faculty of Medicine. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Chen, S.T. & Domala, Z. 1984. Report on The Evaluation of School Supplementary Milk Feeding Programme on the Acceptability and Growth of Malnourished Children in Urban and Rural Areas in Malaysia. Dept. of Paediatrics & Social & Preventive Medicine. Faculty of Medicine. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ghulam, RA.R & Mohd., Y.M. 1992. Laporan Kawalan Mutu Susu Program Susu Sekolah. Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi. Serdang: UPM.

Jabatan Perdana Menteri. 1991. Kajian Keberkesanan Program Susu Sekolah Ke atas Sosio-ekonomi Murid-Murid. Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi. Iabatan Perdana Menteri.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994a. Program Susu Sekolah. Unit Kesihatan Sekolah, Bahagian Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994b. Perancangan tahunan 1994 Program Susu Sekolah. Jawatankuasa Kerja Program Susu Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lampert, L.M. 1975. Modern Dairy Products. New York: Chemical Publishing Company Inc.

Liebert, R.M. & Harris, J. R. 1984. The Child: Development From Birth Through Adolescence. New York: Prentice Hall. Inc.

Nawalyah, A.G., Mazanah, I., Rokiah, M.Y. & Rohana, I. 1988. Sarnbutan dan Pengurusan Program Susu Sekolah. Fakulti Pertanian. Serdang: UPM.

Selman, R 1981. The Child As Friendship Philosopher. Dalam Asher, S. R. & Gottman, J. M. (eds.), Biological boundries of learning. New York: Appleton Century Crofts.

Sharifudin Md. Shaarani & Aminah Abdullah. 1999. Permasalahan Program Susu Sekolah Di Daerah Hulu Langat. Borneo Science 5: 56-64.

 

 

 

sebelumnya