Sains Malaysiana 38(2): 233-239(2009)

 

Penjadualan Kerja Berkala Jururawat Menggunakan

Kaedah Pengaturcaraan Gol 0-1

(Periodic Rostering for Nurse Using 0-1 Goal Programming Method)

 

Wan Rosmanira Ismail &Liong Choong Yeun

Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains Dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

 

 

Ruzzakiah Jenal

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

 

Mohd. Khairi Muda

Jabatan Sains Komputer, Kolej Teknologi Bestari

22100 Setiu, Terengganu, Malaysia

 

 

Diserahkan:  7 April 2008 / Diterima: 16 Jun 2008

 

ABSTRAK

Penjadualan jururawat merupakan perkara penting dalam memastikan perkhidmatan yang berterusan dapat diberikan kepada para pesakit. Corak bertugas yang berterusan iaitu 24 jam sehari 7 hari seminggu, memerlukan waktu kerja mengikut syif yang boleh mengakibatkan perubahan kepada kehidupan sosial dan masalah kesihatan kepada jururawat. Oleh itu, pembangunan sebuah model penjadualan jururawat yang boleh diterima pakai oleh semua pihak dan bersifat adil amatlah penting untuk memastikan perkhidmatan berterusan yang berkualiti. Proses penjadualan melibatkan beberapa peraturan dan kekangan yang perlu dipertimbangkan, iaitu berdasarkan polisi yang telah ditentukan oleh pihak hospital dan permintaan daripada jururawat sendiri. Polisi atau objektif hospital antara lain adalah memastikan bilangan minimum jururawat setiap syif, mengelakkan pengasingan hari bertugas dan mempertimbangkan permintaan cuti daripada jururawat. Permintaan jururawat yang diambil kira pula adalah seperti mendapat bilangan hari bertugas yang sama per jadual, bilangan syif pagi yang melebihi syif petang dan memperolehi sekurang-kurangnya sekali cuti hujung minggu dalam tempoh jadual 2 minggu. Model dibangunkan menggunakan data daripada sebuah hospital tempatan. Kaedah pengaturcaraan gol 0-1 diaplikasikan di dalam pembangunan model penjadualan jururawat ini kerana keupayaannya menghasilkan sebuah model dengan pelbagai matlamat. Jadual kerja berkala ini akan dibina setiap 2 minggu. Daripada hasil penyelesaian yang diperoleh menggunakan perisian Lingo, didapati model penjadualan jururawat yang dibangunkan memenuhi polisi pihak hospital dan permintaan jururawat. Model penjadualan jururawat ini mampu memberikan penyelesaian yang lebih baik berbanding penjadualan semasa secara manual yang mana pengagihan syif adalah lebih sama rata di kalangan jururawat dari segi bilangan syif pagi, petang dan juga malam.

Kata kunci: Jururawat; penjadualan kerja berkala; pengaturcaraan gol

ABSTRACT

The continuous service of patient care is an important task.  The continuity of services, i.e. 24 hours a day 7 days a week needs shifts working environment that may affect the changes in nurses daily social life and may cause health problem. Thus, the development of a quality nurse rostering model that is acceptable and fair to everyone is a must in order to ensure there is quality in this continuous service. Rostering process involves some rules and constraints based on hospital’s policies and nurses’ preferences. The hospital’s policies or objectives among others are to ensure the minimum number of nurses on duty for each shift, to avoid any isolated days on and to consider the nurses request on annual leave. Meanwhile the nurses’ preferences are having the same number of days on per schedule, the number of morning shifts more than the evening shifts and at least 1 day off during weekend for2 weeks planning period. The developed model is illustrated on data from a local hospital. A 0-1 goal programming technique is applied to building the nurse rostering model because of its ability to produce the model with multiple objectives. This work schedule will be generated every 2 weeks. The result obtained by Lingo software shows that the developed nurse rostering model fulfilled the hospital’s policies and the nurses’ preferences. This rostering model is considered to perform better than the current manually developed schedule where the distributions of shifts are more even among the nurses in terms of the number of morning, afternoon and night shifts.

Keywords: goal programming; nurse;  periodic rostering

 

REFERENCES

   

Arthur, J.L. & Ravindran, A. 1981. A Multiple Objective Nurse Scheduling Model. IIE Transactions 13(1): 55 - 60.

Azaiez M.N. & Al-Sharif S.S. 2005.  A 0-1 Goal Programming Model for Nurse Scheduling. Computers and Operations Research 32: 491-507.

Burke E.K., Causmaecker P.D, Berghe G.V. & Landeghem H.V.  2004. The State of The Art of Nurse Rostering. Journal of Scheduling 7: 441-449.

Ignizio J.P. 1976. Goal Programming and Extension. Lexington: Lexington Books.

Ignizio J.P. 1992. Pengaturcaraan Linear Dlm. Sistem Matlamat Tunggal dan Berbilang. Terj. Bidin Yatim & Ahmad Shukri Yahya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee S.M. & Schniederjans M.J. 1983. A Multicriteria Assignment Problem: A Goal Programming Approach. Interfaces 13(4): 75-81.

Norsida H. & Shaharir M.Z. 2003. Kaedah Pemilihan Pelajar ke Universiti Menerusi Pengaturcaraan Linear Gol : Satu Kajian Perintis Kesesuaiannya di Malaysia Berasaskan Data di Universiti Pendidikan Sultan Idris.  Bulletin of Malaysian Mathematical Sciences Society 26(1): 129-137.

Oldenkamp J.H. & Simons J.L. 1995. Quality Factors of Nursing Schedules. Planning and Evaluation Proceeding AMICE 95: 69-74.

Ozkaran I. & Bailey J.E. 1988. Goal Programming Model Subsytem of a Flexible Nurse Scheduling Support System. IIE Transactions 20(3): 306-316.

Warner D.M. 1976. Nurse Staffing, Scheduling and Reallocation in The Hospital. Hospital and Health Services Administration 21(3): 77-90.

Zanakis S.H. & Gupta S.K. 1985. A Categorized Bibliography Survey of Goal Programming. Omega 13(3): 211-222.

 

 

sebelumnya