Sains Malaysiana 41(9)(2012): 1095–1098

 

 

Infeksi Entamoeba histolytica dan/atau dispar dalam Kalangan Kanak-Kanak Orang Asli

di Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan

(Entamoeba histolytica and/or Entamoeba dispar Infection Amongst the Orang Asli Children

at Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan)

 

Mariam Ahmad Zawawi1, Mohamed Kamel Abd Ghani2,*, Hartini Yusof3, Norhisham Haron3, Geishamini Gopal2 & Hidayatulfathi Othman2

 

1Jabatan Patologi, Klinik Kesihatan, Daerah Jeli, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia

2Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

50300 Jalan Raja Muda Abd Aziz, Kuala Lumpur, Malaysia

 

3Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA, Kampus Puncak Alam

42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia

 

Diserahkan: 19 Disember 2011 / Diterima: 21 Mei 2012

 

ABSTRAK

Entamoeba histolytica dan/atau Entamoeba dispar merupakan protozoa usus yang mempunyai prevalens infeksi yang tinggi dalam kalangan masyarakat pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli. Ia tersebar secara meluas di kawasan tropika dan subtropika serta di negara membangun berbanding negara maju. Sebanyak 111 sampel feses kanak-kanak Orang Asli daripada suku kaum Jahai telah diterima dan disaring untuk Entamoeba histolytica dan/atau Entamoeba dispar menggunakan kaedah apusan langsung yang memberi hasil positif terhadap 43 sampel atau 38.7%. Oleh sebab amaun sampel yang diterima adalah sedikit, hanya 66 sampel feses sahaja yang dapat diperiksa menggunakan tiga jenis teknik diagnostik berbeza iaitu apusan langsung, kekepatan formalin-eter dan pewarnaan trikrom. Hasil kajian mendapati, prevalens yang tinggi bagi infeksi Entamoeba histolytica dan/atau Entamoeba dispar iaitu 50% menggunakan ketiga-tiga teknik diagnosis. Prevalens infeksi yang tinggi juga turut ditunjukkan pada kanak-kanak perempuan iaitu 62.5% berbanding kanak-kanak lelaki 30.8% (p<0.05). Selain itu, daripada segi umur, kanak-kanak yang berumur 7-9 tahun adalah lebih terdedah kepada infeksi Entamoeba histolytica dan/atau Entamoeba dispar dengan prevalens 60.7% (p>0.05). Teknik pewarnaan trikrom menunjukkan pengesanan 100% ke atas infeksi Entamoeba histolytica dan/atau Entamoeba dispar, diikuti teknik kepekatan formalin-eter 78.8% dan apusan langsung 72.7%. Prevalens infeksi Entamoeba histolytica dan/atau Entamoeba dispar yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Sungai Rual ini berhubungkait dengan pelbagai faktor iaitu status sosioekonomi yang rendah, kekurangan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan serta kebersihan diri yang rendah. Peningkatan prevalens infeksi dalam kajian ini juga menunjukkan pentingnya penggunaan teknik diagnostik yang lebih berkesan dalam pemeriksaan rutin bagi mendapatkan hasil diagnosis yang lebih tepat.

 

Kata kunci: Entamoeba histolytica dan/atau Entamoeba dispar; Orang Asli; Protozoa usus

 

ABSTRACT

Entamoeba histolytica and/or Entamoeba dispar is an intestinal protozoa that has a high prevalence of infection among the indigenous aboriginal community. It is widespread in tropical and subtropical areas and in developing countries compared with developed countries. A total of 111 fecal samples of aboriginal children from the Jahai tribe was screened for Entamoeba histolytica and/or Entamoeba dispar using the direct smear technique which yielded 43 positive samples with a prevalence of 38.7%. Due to inadequate amount of the fecal samples, only 66 samples were examined with three different diagnostic techniques i.e. direct smear, formalin-ether concentration and trichrome staining. The results showed high prevalence of Entamoeba histolytica and/or Entamoeba dispar with 50% prevalence using all three diagnostic techniques. The high prevalence of infection was also demonstrated in female children at 62.5% compared with 30.8% in the males (p<0.05). In terms of age, children aged 7-9 years old were more vulnerable to Entamoeba histolytica and/or Entamoeba dispar infection, at 60.7% prevalence (p>0.05). Trichrome staining technique demonstrated 100% detection for Entamoeba histolytica and/or Entamoeba dispar infection followed by formalin-ether concentration technique at 78.8% and 72.7% for direct smear. Higher prevalence of infection among aboriginal children in Pos Sungai Rual was associated with various factors such as low socioeconomic status, lack of knowledge on health care and poor hygiene. The high prevalence of infection in this study is also attributed to various diagnostic techniques employed, indicating the importance of the use of a more effective diagnostic method in the routine diagnosis for intestinal parasites.

 

Keywords:  Entamoeba histolytica and/or Entamoeba dispar; intestinal protozoa; Orang Asli

RUJUKAN

Che Ghani, M., Mohamed, A.M. & Oothuman, P. 1987. Infection with Entamoeba histolytica and Giardia lamblia in an urban slum, rural village and medical students in Peninsular Malaysia. Tropical Biomedicne 4: 150-154.

Hamimah, I., Zahedi, M. & Ainiyah, A.J. 1982. The prevalence of intestinal parasites among children at the General hospital, Kuala Lumpur, Malaysia. Journal Medical Malaysia 37(4): 373-377.

Hartini, Y. & Mohamed Kamel, A.G. 2009. Giardiasis di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. 7(2): 97-102.

Jamaiah, I. & Shekhar, K.C. 1999. Amoebiasis: A 10 year retrospective study at the University Hospital, Kuala Lumpur. Journal of Medical Malaysia 54(3): 296-302.

Nawalinski, T. & Roundy, L. 1978. Intestinal parasitism in a Kampung on Pulau Pangkor, West Malaysia. Southeast Asian Journal of Tropical Medicine and Public Health 3: 440-451.

Nor Aza., Ashley, S. & Albert, J. 2003. Parasitic infections in human communities living on the fringes of the Crocker Range Park Sabah, Malaysia. Asean Review of Biodiversity and Environmental Conservation 1-4.

Noor Azian, M.Y., San, Y.M., Gan, C.C., Yusri, M.Y., Nurulsyamzawaty, Y., Zuhaizam, A.H., Maslawaty, M.N., Norparina, I. & Vythilingam, I. 2007. Prevalence of intestinal protozoa in an aborigine community in Pahang, Malaysia. Tropical Biomedicine 24(1): 55–62.

Norhayati, M., Fatmah, M.S. & Yusof, S. 2003. Intestinal parasitic infections in man: A review. Medical Journal of Malaysia 58: 2-10.

Okyay, P., Ertug, S., Gultekin, B., Omewn, O. & Beser, E. 2004. Intestinal parasites prevalence and related factors in school children, a western city sample, Turkey. Public Health 4: 64.

Rajeswari, B., Sinniah, B. & Hussein, H. 1994. Socioeconomic factor associate with intestinal parasites among children living in Gombak, Malaysia. Asia Pacific Journal of Health 7: 21-25.

Stanley, S. 2003. Amoebiasis. The Lancet 361: 1025-1034.

 

 

*Pengarang surat-menyurat; email: mkamal@medic.ukm.my

 

 

sebelumnya