SKOP
Sains Malaysiana ialah sebuah jurnal ilmiah yang komited kepada perkembangan dapatan penyelidikan dalam bidang Sains dan Teknologi. Jurnal ini mengandungi makalah-makalah dalam bidang Sains Bumi, Sains Fizis, Sains Hayat, Sains Kesihatan dan Sains Matematik. Ia menerbitkan artikel, ulasan topik terkini, dan nota penyelidikan yang menarik minat para sarjana, terutamanya daripada segi kandungan dan pendekatannya.
Sains Malaysiana diterbitkan oleh Penerbit UKM dan dianggotai oleh Sidang Editor yang terdiri daripada ahli akademik Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Selain itu, para sarjana terkenal dari
universiti dalam dan luar negara dilantik sebagai ahli lembaga penasihat dan
penilai artikel yang dikemukakan.
PROSEDUR PENYERAHAN MANUSKRIP
Sains Malaysiana menerbitkan manuskrip yang ditulis dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Manuskrip yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini
hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar serentak
untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan lain.
Manuskrip perlu ditaip selang dua baris, lajur tunggal dan saiz font 12 di atas kertas bersaiz A4 tidak
melebihi 15 muka surat, hendaklah diserahkan melalui sistem atas talian di Sistem Serahan Atas Talian
Bermula 1 Januari semua manuskrip perlu diserahkan melalui sistem atas talian ini.
FORMAT DAN GAYA
Tajuk
sesuatu manuskrip perlulah ringkas, deskriptif, dan seharusnya tidak melebihi
15 perkataan. Setiap manuskrip harus mempunyai abstrak, 150 hingga 250
perkataan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang memperihalkan isi
utamanya. Pihak editor akan memberikan bantuan kepada penulis yang tidak dapat
menyediakan abstrak dalam bahasa Melayu.
Secara am, pembahagian isi merangkumi Pengenalan, Bahan dan Kaedah, Hasil
dan Perbincangan, Kesimpulan dan Rujukan. Setiap manuskrip mesti disertakan dengan 3-5 kata kunci.
Semua
ilustrasi termasuk rajah, carta dan graf, mesti dilabel dan disediakan dalam
halaman yang berasingan daripada teks. Kedudukan ilustrasi seperti yang
dikehendaki dalam teks hendaklah ditanda dengan jelas. Semua ilustrasi ini
harus dirujuk dan dinomborkan secara berurutan sebagai rajah. Semua ilustrasi
hendaklah sama ada dilukis dengan jelas menggunakan dakwat kekal, difotografkan
dalam bentuk hitam putih atau warna dan dicetak di atas kertas yang bermutu, atau
dalam bentuk imej digital, dan disediakan dalam bentuk camera-ready.
Rujukan
dalam teks hendaklah menggunakan sistem nama penulis dan diikuti oleh tahun
penerbitan. Satu senarai rujukan yang disusun mengikut abjad hendaklah
dimasukkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Kesemua rujukan yang dipetik
dalam teks haruslah muncul dalam senarai rujukan. Para penulis bertanggungjawab
memastikan ketepatan dan kesempurnaan maklumat dalam senarai rujukan. Semua
manuskrip mesti mengikut garis panduan rujukan Penerbit, Universiti Kebangsaan
Malaysia atau The Chicago Manual of Style (University of Chicago Press). Gaya
rujukan yang digunakan haruslah konsisten di semua bahagian manuskrip.
HAKCIPTA
Para penulis bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan
manuskrip mereka tidak melanggar mana-mana hak cipta yang sedia ada. Para
penulis seharusnya mendapatkan keizinan untuk menerbitkan semula atau
mengubahsuai bahan-bahan yang mempunyai hak cipta, dan menunjukkan bukti
keizinan tersebut semasa menyerahkan naskhah akhir manuskrip.
PROSES PENILAIAN
Sesebuah
manuskrip akan dinilai oleh Sidang Editor dan sekurang-kurangnya seorang wasit
bebas. Keputusan tentang penerbitan sesebuah manuskrip didasarkan kepada
saranan ahli-ahli lembaga ini. Sesebuah manuskrip akan dinilai berasaskan
kesesuaiannya dengan Sains Malaysiana, sumbangan kepada disiplin ilmu, kejituan
analisis, keluasan konsepsual, persembahan yang jelas, dan kesempurnaan
teknikal. Nama penuh dan afiliasi semua
penulis manuskrip hendaklah dinyatakan pada halaman depan yang dibuat secara
berasingan dengan manuskrip. Manuskrip
yang diserahkan oleh mana-mana anggota Sidang Editor juga tertakluk kepada
prosedur penilaian yang sama.
NASKHAH
SEMAKAN, OFF-PRINTS DAN ALAMAT
Satu set pruf akan
dihantar kepada penulis bagi tujuan penyemakan kesilapan percetakan. Adalah
menjadi tanggungjawab penulis untuk memaklumkan sebarang pembetulan
kepada Sidang Editor. Para penulis akan dibekalkan dengan 20 off-prints percuma berserta dengan satu naskhah jurnal sebaik sahaja ia diterbitkan. Sila
nyatakan alamat semua penulis manuskrip
(termasuk nombor telefon, faks dan e-mail) bagi tujuan surat menyurat.