KOLOKIUM SISWAZAH SYARIAH PERINGKAT KEBANGSAAN (KOSIS2015)

TARIKH :
24 NOVEMBER 2015 (SELASA)

TEMPAT :
MASJID AL-HASANAH
BANDAR BARU BANGI

 

LATAR BELAKANG

Penganjuran kolokium ini merupakan usaha Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, dengan matlamat untuk memenuhi sebahagian aktiviti seminar dan wacana peringkat jabatan dengan melibatkan pelajar pasca siswazah bagi meningkatkan mutu penyelidikan yang dijalankan oleh mereka, di sampingĀ  membantu mereka menerbitkan artikel ilmiah yang memenuhi kehendak dan keperluan akademik mereka.

OBJEKTIF
  • Mewujudkan perbincangan ilmiah di kalangan para pelajar pasca siwazah sama ada pada peringkat sarjana atau doktor falsafah.
  • Meningkatkan mutu penyelidikan yang dilakukan oleh para pelajar pasca siswazah
  • Membantu para pelajar pasca siswazah menulis artikel yang memenuhi mengikut gaya penulisan jurnal atau sebarang bentuk artikel yang berbentuk ilmiah
  • Memberi peluang kepada pelajar siswazah untuk membahas dan mempertahankan hasil-hasil kajian mereka dan juga bersama membahas isu-isu semasa dalam bidang pengajian Islam.