Faculty of Engineering and Built Environment

Bakal Graduan 2017

#Jurutera Siswazah & Kebolehpasaran#

Salam semua bakal graduan FKAB 2017

Harap semua dalam keadaan sihat walafiat..

Ada dua perkara yg memerlukan komitmen saudara/ri sekalian:

1. Salinan Transkrip & Ijazah untuk kesemua pelajar telah diterima fakulti bg membantu pelajar mendaftar BEM. Oleh tu pihak fakulti memerlukan bantuan semua untuk mengisi borang pengesahan jurutera siswazah (sekeping) dan menyediakan gambar & salinan IC beserta wang RM50 utk membolehkan fakulti mengurus proses pendaftaran saudara/ri sebagai jurutera siswazah. Dokumen2 lain akan disediakan oleh fakulti. Mengikut akta 1967 (semakan 2015) semua pengamal kejuruteraan perlu mendaftar sebagai jurutera siswazah. Oleh itu, pendaftaran adalah wajib dan jadikan ia detik permulaan ke arah memperolehi pengiktirafan Jurutera Profesional (Ir) nanti.

Proses permohonan adalah lebih rumit sekiranya pelajar mengurusnya secara individu dimana semua dokumen memerlukan pengesahan dari jurutera profesional.

2. Setiap graduan perlu mengisi soal selidik dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG). Maklumat pekerjaan pelajar perlu dimasukkan dengan betul. FKAB juga secara proaktif telah mengeluarkan surat tawaran Master kepada sebilangan besar pelajar. Harap dapat menyambut tawaran ini dengan hati terbuka dengan semangat yg kental. Sekiranya saudara/ri berhasrat menerima tawaran ini bererti saudara/ri telah diberi tawaran sambung belajar dan bukan lg dikategorikan sbg TIDAK BEKERJA.

Bagi yg telah mendapat pekerjaan, saya ucapkan tahniah & harap bawa bersama nilai estetika murni UKM. Mohon semua pelajar mengisi soalselidik SKPG ini dengan baik dan lengkap kerana melalui platfom inilah KPT menilai keberkesanan sistem akademik kita yg telah lama kita junjung dalam menghasilkan graduan yang kompetif, kompeten dan mempunyai jatidiri kebangsaan. Tahun 2016 statistik kebolehpasaran FKAB adalah 89.7% selepas 6 bulan bergraduat dan kita berhasrat utk tingkatkan lagi prestasi ini. Jadi, FKAB memerlukan bantuan dan komitmen saudara/ri semua.

Terima Kasih

Prof Ir Dr Mohd Syuhaimi Ab Rahman
Timbalan Dekan