Utama | Alumni  

Alumni & Graduan

 

Sejajar dengan usia yang telah melangkaui usia 20 tahun pada tahun 2004, serta bilangan graduannya yang semakin bertambah dari tahun ke setahun, dengan bilangan keseluruhannya melebihi ribuan orang, adalah wajar untuk Fakulti membentuk sebuah badan yang boleh mengekalkan ikatah antara graduan dengan warga Fakulti dalam dimensi yang berlainan. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi imej dan citra Fakulti sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa.

Justeru itu, Laman Web ini diadakan khusus untuk membekalkan statistik graduan prasiswazah dan pascasiswazah yang dihasilkan oleh Fakulti sejak awal penubuhannya pada tahun 1984, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Alumni Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM serta pangkalan data ahli-ahlinya.

 

Pautan alternatif untuk laman web Alumni Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina:

 

Wajah-wajah ceria graduan Fakulti Kejuruteraan