Objektif Penubuhan
Penubuhan Alumni Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM adalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bercorak profesional dan juga sosial untuk ahli-ahlinya. Bahan ini akan menggabungkan graduan, kakitangan akademik, dan bekas kakitangan akademik Fakulti.
Objektif penubuhannya ialah:
- Menjalin hubungan kerjasama di antara bekas pelajar (alumni) dengan kakitangan fakulti,
- Memberi sokongan serta bantuan kepada ahli dalam meningkatkan pembangunan diri dan kerjaya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan,
- Meningkatkan hubungan kerjasama antara alumni, fakulti dan pihak luar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan
- Mewujudkan sebuah organisasi alumni yang bukan bermatlamatkan keuntungan melalui aktiviti-aktiviti sosial, kemasyarakatan dan kebajikan, dan
- Meningkatkan citra organisasi dan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM supaya disegani di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
|
 |