|
Bagi menjalankan aktiviti-aktiviti Jaminan Kualiti, bahagian ini membentuk empat unit, iaitu:
- Unit ISO
- Tugas unit ini memantau dan mencadangkan penambahbaikan kepada prosedur ISO9001:2000 yang sedia ada bagi memastikan objektif kualiti UKM dicapai. Selain itu, unit ini merancang untuk membantu mendapatkan pengiktirafan bagi makmal-makmal tertentu yang memberi khidmat luar.
- Unit Pendidikan Berasaskan Hasil
- Unit ini bertanggungjawab merancang, memantau, menilai dan menambahbaik kaedah pembelajaran di fakulti ini yang mengikut keperluan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH).
- Unit Pengukuran dan Penilaian
- Prestasi staf akademik dan bukan-akademik perlu dipertingkatkan secara berterusan bagi memastikan UKM dapat terus memantapkan kualiti programnya. Tugas ini telah digalas oleh unit ini dengan menggubal dan memantau Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) untuk staf akademik dan bukan akademik.
- Unit Publisiti dan Dokumentasi
- Unit ini bertanggungjawab mengumpul semua Fakulti dokumen berkaitan dengan kualiti untuk disimpan di Bilik Kawalan Dokumen, Bahagian Jaminan Kualiti. Unit ini juga turut bertanggungjawab merancang dan menyediakan dokumen berkaitan kualiti untuk hebahan kepada staff baru dan pelajar.
|
 |