Utama | Jaminan Kualiti | Pendidikan Berasaskan Hasil  

Pendidikan Berasaskan Hasil

Latar Belakang

Pada tahun 2004, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM mula mengorak langkah untuk menukar pendekatan kurikulum pengajian prasiswazahnya kepada Pendidikan Berasaskan Hasil selaras dengan keperluan Lembaga Jurutera Malaysia dan Kerangka Kelayakan Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Dalam pendekatan ini, input daripada pihak berkepentingan (stakeholders) diambil kira dalam menilai semula kurikulum. Hasilnya, terdapat kursus-kursus yang bertukar pendekatan pengajaran seperti penggunaan kaedah-kaedah pembelajaran bekerjasama, pembelajaran berpusatkan pelajar dan pembelajaran berasaskan masalah. Kurikulum baru ini mula dilaksanakan pada sesi pengajian 2005/2006.

Senarai Objektif Pendidikan Program (OPP)

Dalam kurikulum ini, berdasarkan input yang dikumpul daripada pihak berkepentingan, Fakulti telah menggubal Objektif Pendidikan Program seperti berikut untuk dicapai oleh graduan dalam masa beberapa tahun selepas tamat pengajian:

  1. Graduan yang mempunyai ilmu asas yang kompeten untuk berperanan sebagai seorang jurutera dengan cekap,
  2. Graduan yang memahami, bersikap profesional dan beretika terhadap tanggungjawabnya kepada Pencipta, pelanggan dan masyarakat,
  3. Graduan yang akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang kejuruteraan dan dalam masa yang sama mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris,
  4. Graduan yang mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerja antarabangsa/global,
  5. Graduan yang mampu memimpin organisasi kejuruteraan berdasarkan pengalaman dan ilmu tentang isu-isu semasa yang penting,
  6. Graduan yang mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan sama ada di peringkat pascasiswazah atau di dalam organisasi masing-masing.
Ke arah Perlaksanaan OBE