Utama | Pascasiswazah | Kemasukan  

Kemasukan Pascasiswazah

Permohonan Mengikuti Program Pengajian Siswazah

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM menawarkan program akademik dan profesional melalui Pusat Pengajian Siswazah direncanakan untuk pengembangan kerjaya anda. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa memohon untuk mengikuti program-program sarjana dan doktor falsafah sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa pada Semester I dan Semester II setiap tahun.

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut:

Anda diminta menghantar satu salinan borang sokongan untuk setiap pengadil (seperti yang disenaraikan sebagai J dalam borang permohonan) dan mengisi Bahagian A sahaja .

Sila hantar permohonan kemasukan dan yuran proses permohonan sebanyak RM 20 (US$ 30 untuk pemohon luar negara) kepada Pejaba Pengajian Siswazah sebelum tarikh tutup permohonan. Yuran proses permohonan tidak akan dikembalikan. Wang Pos atau Kiriman Wang perlu dibuat atas nama "BENDAHARI UKM". Bayaran tunai atau cek peribadi tidak akan diterima.

Sebelum menghantar borang permohonan, sila pastikan semua dokumen yang dihantar diletakkan mengikut susunan (ijazah, diploma, sijil, transkip akademik, surat penganjur atau jaminan kewangan). Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sila labelkan "PERMOHONAN PPS" di sebelah atas-kanan sampul surat. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada alamat berikut:

Dekan
Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA

Pendaftaran Pelajar