Di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, reka cipta dan hubungan dengan industri diuruskan oleh sebuah pusat kecemerlangan yang dikenali sebagai Pusat Kejuruteraan Termaju (PKT). Pusat ini ditubuhkan dengan rasmi pada 1 Februari 2001 dan menjalankan fungsi-fungsi berikut:
- Mengangkat citra dan martabat UKM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang terhadapan dalam bidang penyelidikan.
- Menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan yang menjadi teras kepada aktiviti penyelidikan Fakulti.
- Menghubungkan para pensyarah dengan industri supaya hasil penyelidikan dan kepakaran mereka yang mantap boleh dimanfaatkan oleh industri untuk meningkatkan lagi produktiviti dan menghasilkan produk yang lebih baik dari segi reka bentuk, bahan dan kualiti.
- Menjadi pusat untuk pengumpulan, penggembelingan dan pengoptimuman sumber pakar dan kepakaran kejuruteraan dalam UKM.
- Menjadi pusat rujukan kebangsaan untuk penyelidikan kejuruteraan.
|
 |