Objektif
Latihan Industri bertujuan untuk:
- Untuk mendedahkan pelajar kepada amalan kejuruteraan atau seni bina yang spesifik dalam bidang pengkhususan masing-masing dan jenis industri yang dipilih,
- Untuk mendedahkan pelajar kepada tanggungjawab sebagai jurutera atau arkitek dan profesyen kejuruteraan atau seni bina,
- Untuk membentuk kemahiran komunikasi dalam kejuruteraan yang merangkumi interaksi harian dengan persekitaran kerja dan penulisan teknikal.
Tempoh
Tempoh latihan ini adalah sepuluh (10) minggu dalam Semester III, iaitu:
- Selepas pengajian tahun ketiga untuk pelajar program Kejuruteraan, atau
- Selepas pengajian tahun kedua untuk pelajar program Sains Seni Bina.
Tanggungjawab
Apabila pelajar telah dihantarkan ke organisasi luar, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada organisasi berkenaan. Kelakuannya mestilah menurut skema kerja, syarat-syarat dan peraturan organisasi berkenaan. Sebagai contoh, pelajar hanya boleh bercuti setelah mendapat kebenaran organisasi berkenaan. Untuk memastikan keberkesanan penyeliaan oleh organisasi berkenaan, pelajar tidak diperlukan melapur kepada penyelia di universiti, kecuali apabila dikehendaki, seperti yang mungkin berlaku dari masa ke semasa bagi tujuan penyelarasan.
Walaupun pelajar akan tetap berdaftar dengan universiti semasa menjalani latihan, penilaian yang dibuat oleh pihak organisasi berkenaan ke atas dirinya setelah tamat latihan akan merupakan sebahagian daripada penilaian keseluruhan prestasi pelajar tersebut dan boleh mengakibatkan kelulusan atau kegagalan beliau dalam kursus berkenaan.
Pada penghujung tempoh latihan, organisasi yang bertanggung-jawab terhadap latihan pelajar akan dikehendaki membuat penilaian ke atas kelakuan dan prestasi pelajar tersebut semasa menjalani latihan. Untuk memastikan keseragaman, satu borang penilaian akan disediakan oleh pihak UKM dan pihak organisasi berkenaan hanya diperlukan menjawab beberapa soalan.
Penilaian
Berikut ialah komponen-komponen penilaian Latihan Industri:
- Buku Log
Buku Log digunakan untuk pelajar membuat catatan mengenai latihan dan sebagai
sebuah rekod harian untuk kerja-kerja yang dilakukan semasa latihan. Adalah
menjadi tanggungjawab pelajar untuk memasukkan semua catatan ke dalam Buku
Log ini dan memastikannya sentiasa dikemaskini. Setiap catatan perlu disahkan
oleh penyelia dengan kerap. Buku Log perlu mengandungi objektif setiap aktiviti
harian, senarai peralatan yang digunakan, rajah-rajah aliran proses, carta alir,
lakaran, data dan rajah-rajah litar yang berkaitan, keputusan dan hasil aktiviti
tersebut, komen yang membina, analisis dan rujukan kepada buku teks, piawaian
dan maklumat teknikal lain.
- Ringkasan Eksekutif (untuk Program Kejuruteraan sahaja)
Ringkasan Eksekutif merupakan laporan ringkas tentang perkara-perkara yang
dilaporkan dalam Buku Log. Ia adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada
pelajar untuk menulis laporan yang berkesan tentang aktiviti-aktiviti latihan industri
yang diikuti. Pelajar juga diberi peluang untuk membuat penilaian tentang
keberkesanan latihan yang telah diikuti.
- Laporan Majikan
Aspek ini dinilaikan oleh penyelia di organisasi luar dengan mengisi borang yang telah
disediakan dalam Buku Log. Skema markah juga adalah menurut kategori yang telah disenaraikan
dalam borang berkenaan. Di samping kaedah ini, penilaian juga dibuat oleh
pensyarah yang melawat pelajar di industri berkenaan. Penilaian pensyarah akan
berpandukan kepada temu bual yang dijalankan dengan penyelia, pelajar dan
kakitangan lain seperti pengurus, pengarah industri berkenaan.
- Komunikasi, Etika dan Profesionalisma
Aspek ini diukur melalui pembentangan seminar oleh pelajar, serta kepatuhan
kepada segala prosedur dan arahan penyelaras semasa proses permohonan dan
penerimaan tempat latihan serta penyesuaian pelajar dengan persekitaran kerja
di tempat latihan.
Penggredan
| Bil. |
Komponen Penilaian |
Program Kejuruteraan |
Program Seni Bina |
1. |
Buku Log |
35 |
60 |
2. |
Ringkasan Eksekutif |
15 |
- |
3. |
Laporan Majikan |
30 |
20 |
4. |
Komunikasi, Etika dan Profesionalisma |
20 |
20 |
Berdasarkan kepada markah di atas pelajar akan diberi gred A, B, C atau E.
|
 |