Pengenalan
Tujuan pengajian prasiswazah kejuruteraan ialah menghasilkan para jurutera
yang menggunakan pengetahuan saintifik untuk menjana kekayaan yang
meningkatkan taraf kehidupan. Justeru itu, jurutera perlu bersikap inovatif, kreatif dan
beretika tinggi dalam merekacipta dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan masyarakat
seperti kenderaan, jambatan, bekalan air, alat-alat perhubungan dan bangunan. Usaha ini
adalah sejajar dengan Wawasan 2020 yang mencabar para jurutera untuk
membangunkan Malaysia sebagai Negara Industri yang berteknologi tinggi serta bermoral
dan beretika tinggi.
Pengajian kejuruteraan mengarah kepada pemikiran yang luas dan kreatif.
Graduan-graduan yang dilahirkan mempunyai peluang kerjaya yang baik dan bersesuaian
dengan keperluan semasa.
Syarat Kemasukan
- Calon-calon mestilah lulus sekurang-kurangnya gred B dalam Matematik, Fizik dan
Kimia dalam peperiksaan STPM atau sekurang-kurangnya Gred B dalam mata
pelajaran Matematik, Kimia dan Biologi dan sekurang-kurangnya 4B dalam mata
pelajaran Fizik di peringkat SPM, atau
- Calon-calon mestilah lulus sekurang-kurangnya gred B dalam Matematik, Fizik dan
Kimia dalam peperiksaan matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau
sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik, Kimia dan Biologi
dan sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Fizik di peringkat SPM, atau
- Calon-calon mestilah memperolehi diploma yang baik dalam bidang Kejuruteraan/Sains dari institusi
yang diiktiraf.
Program
- Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam & Struktur
- Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam & Sekitaran
- Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik
- Program Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi & Komputer
- Program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
- Program Sarjana Muda Kejuruteraan Biokimia
- Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
- Program Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan
Ijazah
Ijazah yang akan dikurniakan selepas mengikuti mana-mana program Kejuruteraan di atas ialah:
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian
Sistem Pengajian
Fakulti ini mengamalkan sistem semester. Sistem ini membahagikan satu-satu
sesi akademik kepada dua tempoh pengajian yang sama panjang dan tersendiri.
Satu semester terdiri dari beberapa minggu kuliah, tutoran, makmal dan sebagainya,
minggu kelepasan pertengahan semester dan peperiksaan. Dalam sistem ini,
pelajar mengumpul bilangan unit yang diperlukan untuk mendapat ijazah dalam
tempoh yang dibenarkan.
Tempoh Pengajian
Tempoh minimum adalah tujuh (7) semester dan tempoh maksimum adalah dua
belas (12) semester, tertakluk kepada peraturan yang ada.
Skop/Struktur Pengajian
Pelajar perlu mengikuti dan lulus sekurang-kurangnya 132-139 unit seperti berikut:
| Bil. |
Komponen |
Unit |
1. |
Kursus Universiti
- Kursus Pusat Pengajian Umum
- Penghayatan Falsafah Pendidikan berteraskan Nilai-nilai Mulia (U1) - 4 unit
- Kemahiran Berfikir & Berorganisasi (U2) - 3 unit
- Etika Kejuruteraan & Perkembangan Teknologi (setara dengan U3) - 3 unit
- Kursus Ko-kurikulum - 2 unit
|
12 |
2. |
Kursus Wajib Fakulti |
51 |
3. |
Kursus Wajib Jabatan (mengikut Jabatan) |
57-73 |
4. |
Kursus Pilihan Fakulti/Jabatan (mengikut Jabatan) |
3-12 |
|
 |