Utama | Prasiswazah | Maklumat Umum  

Maklumat Umum Prasiswazah

Senarai Soalan

Pendaftaran

  1. Apa yang perlu dibuat jika lewat mendaftar kursus?
  2. Apakah perlu dibuat sekiranya nombor pin pelajar (NPP) tidak boleh digunakan?
  3. Bagaimana cara untuk membuat rayuan mendaftar semula/meneruskan pengajian?
  4. Bagaimana hendak membuat permohonan pertukaran universiti?
  5. Bagaimana hendak menukar bidang pengkhususan di dalam fakulti?
  6. Bagaimana hendak bertukar fakulti dalam universiti yang sama?
  7. Apakah prosedur menangguh pengajian?
  8. Apakah proses untuk penambahan unit kursus?
  9. Bagaimana hendak memohon pengecualian kursus (DK)?
  10. Bagaimana hendak menggugurkan kursus yang telah didaftarkan?
  11. Berapa unitkah yang dibenarkan mendaftar pada setiap semester?
  12. Bagaimana hendak menukar status kursus?
  13. Bagaimana hendak menyemak struktur kursus?
  14. Bagaimana jika kursus U2 yang ditawarkan penuh?
  15. Bagaimana pendaftaran kursus Ko-Kurikulum?
  16. Bagaimana sekiranya sesuatu kursus yang ingin didaftarkan telah penuh?

Penjadualan

  1. Apa yang perlu dibuat sekiranya jadual kursus bertembung?
  2. Bagaimanakah cara untuk memohon pelepasan kuliah/amali/tutoran?

Peperiksaan

  1. Bagaimana mendapatkan transkrip akademik?
  2. Bagaimana menduduki peperiksaan gantian?
  3. Bila dan di mana mendapatkan slip masuk peperiksaan?
  4. Bagaimana prosedur peperiksaan ulangan khas untuk melengkapkan unit pengijazahan?
  5. Bagaimana prosedur semakan semula gred peperiksaan?
  6. Apakah syarat untuk mendapat Anugerah Sijil Dekan?

Pinjaman

  1. Siapa yang boleh memberi sokongan untuk melanjutkan tempoh biasiswa?
  2. Di manakah Borang Pinjaman PTPN boleh diperolehi?

Pengijazahan

  1. Bilakah tarikh akhir pengesahan gred bagi pelajar yang menamatkan pengajian untuk membolehkan hadir konvokesyen pada tahun yang sama?
  2. Apakah gred penentu ijazah?
  3. Apakah syarat-syarat pengurniaan ijazah?

Lembaga Jurutera Malaysia

  1. Bagaimana hendak mendaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia?

Hal-hal Lain

  1. Bagaimana jika hendak menggunakan peralatan dari fakulti lain?
  2. Bagaimana pelajar hendak menempah kenderaan universiti untuk aktiviti pelajar?
  3. Bagaimana berhubung dengan pensyarah?
  4. Siapa yang boleh mengeluarkan surat pengesahan pelajar?
  5. Siapa yang boleh mengesahkan sijil-sijil?
  6. Di manakah borang tuntutan tesis boleh diperolehi?
  7. Di manakah tesis prasiswazah dalam bentuk CD (softcopy) boleh dirujuk?

Pendaftaran

  1. Apa yang perlu dibuat jika lewat mendaftar kursus?

    Pelajar perlu mendaftar di Bahagian Pengurusan Akademik dan membayar denda sebanyak RM15 di Unit Kewangan Pelajar. Permohonan mendaftar kursus hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Dekan Fakulti.

  2. Apakah perlu dibuat sekiranya nombor pin pelajar (NPP) tidak boleh digunakan?

    Hubungi Bahagian Operasi, Pusat Komputer UKM.

  3. Bagaimana cara untuk membuat rayuan mendaftar semula/meneruskan pengajian?

    Pelajar boleh memohon secara bertulis kepada Timbalan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik dalam tempoh 4 minggu selepas pengumuman rasmi keputusan peperiksaan dan setiap rayuan hendaklah disertai dengan bayaran RM25. Syarat-syarat untuk meneruskan semula pengajian disebabkan gagal berhenti adalah:

    1. PNGK akhir hendaklah sekurang-kurangnya 1.90; dan
    2. Menunjukkan peningkatan PNGS pada 2 semester terakhir.
  4. Bagaimana hendak membuat permohonan pertukaran universiti?

    Dasar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) tidak menggalakkan pertukaran antara universiti kerana penawaran yang diberikan adalah muktamad. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memohon dengan alasan tertentu dan tertakluk kepada kekosongan tempat dan markah merit pelajar/PNGK. Pelajar dikehendaki mendapatkan surat perlepasan untuk bertukar universiti daripada Bahagian Pengurusan Akademik.

  5. Bagaimana hendak menukar bidang pengkhususan di dalam fakulti?

    Penukaran bidang pengkhususan tidak digalakkan kerana penawaran bidang adalah muktamad. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memohon dengan alasan tertentu dan tertakluk kepada kekosongan tempat dan markah merit pelajar/PNGK.

  6. Bagaimana hendak bertukar fakulti dalam universiti yang sama?

    Penukaran fakulti tidak digalakkan kerana penawaran adalah muktamad. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memohon dengan alasan tertentu dan tertakluk kepada kekosongan tempat dan markah merit pelajar/PNGK. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu pertama semester berkenaan. Surat hendaklah dimajukan kepada Bahagian Pengurusan Akademik melalui Dekan Fakulti masing-masing.

  7. Apakah prosedur menangguh pengajian?

    Prosedur menangguhkan pengajian adalah seperti berikut:

    1. Memohon kepada Dekan Fakulti.
    2. Permohonan atas sebab kesihatan hendaklah disertakan dengan perakuan doktor.
    3. Permohonan menangguh pengajian boleh dibuat sehingga minggu ke-10 sesuatu semester. Selepas minggu ke-10 permohonan tidak dipertimbangkan tetapi dinasihatkan memohon penangguhan peperiksaan.
    4. Tempoh maksimum yang dibenarkan menangguh pengajian adalah dua (2) semester kecuali atas sebab-sebab kesihatan. Tempoh tersebut tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh maksimum yang dibenarkan bagi melayakkan diri untuk mendapatkan sesuatu ijazah.
  8. Apakah proses untuk penambahan unit kursus?

    Penambahan unit kursus yang didaftar hanya boleh dilakukan dalam tempoh dua (2) minggu pertama permulaan tiap-tiap semester. Untuk Semester III, pelajar tidak dibenarkan menambah unit setelah semester bermula. Surat hendaklah dimajukan kepada Timbalan Dekan (Akademik) melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan keputusan peperiksaan terkini. Pertimbangan adalah tertakluk kepada PNGK.

  9. Bagaimana hendak memohon pengecualian kursus (DK)?
    1. Pelajar perlu mendapatkan borang permohonan pengecualian kursus dari Bahagian Pengurusan Akademik atau Pejabat Dekan Fakulti.
    2. Pelajar dikehendaki membuat pembayaran RM100 di Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari.
    3. Pelajar mengemukakan borang berserta transkrip akademik, diploma/sijil dan resit bayaran kepada Jabatan masing-masing.
    4. Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada minggu ke-tujuh semester dan permohonan selepas tempoh tersebut perlu dikemukakan pada semester berikutnya.
    5. Pejabat Dekan Fakulti akan memaklumkan status permohonan. Kursus-kursus yang boleh diberi pengecualian adalah KF1173 (Grafik Kejuruteraan), KF1333 (Kemahiran Kejuruteraan) dan KF3066 (Latihan Industri).
  10. Bagaimana hendak menggugurkan kursus yang telah didaftarkan?

    Pengguguran kursus yang yang didaftarkan boleh dilakukan di dalam tempoh empat (4) minggu pertama permulaan tiap-tiap semester. Pengguguran selepas minggu ke-4 sehingga akhir minggu ke-8 akan diberi gred TD (Tarik Diri). Proses pengguguran kursus boleh dibuat melalui SMPweb. Kursus yang digugurkan ini tidak akan diambil kira di dalam Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). Untuk Semester III, calon dibenarkan menarik diri dari sesuatu kursus dan akan diberi gred TD.

  11. Berapa unitkah yang dibenarkan mendaftar pada setiap semester?

    Pendaftaran kursus mestilah tidak kurang daripada 10 unit dan tidak lebih daripada 20 unit pada setiap semester. Pendaftaran kurang daripada 10 unit dan lebih daripada 20 unit perlu mendapat kelulusan khas Dekan. Syarat-syarat pendaftaran kursus adalah seperti berikut:

    1. memperolehi PNGS 3.00 dan lebih dan telah lulus semua kursus peringkat 1000 dibenar mendaftar 20 unit;
    2. memperolehi PNGS 2.26 hingga 2.99 dibenar mendaftar 16 unit; dan
    3. memperolehi PNGS 2.25 dan kurang dibenar mendaftar maksimum 12 unit sahaja.
    4. Pelajar boleh mendaftar minimum satu kursus dan maksimum 3 kursus pada Semester III.
  12. Bagaimana hendak menukar status kursus?

    Permohonan pertukaran status boleh dikemukakan ke Pejabat Dekan disertakan dengan slip pendaftaran.

  13. Bagaimana hendak menyemak struktur kursus?

    Struktur kursus boleh disemak dari Buku Panduan Prasiswazah Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina atau berjumpa Ketua Jabatan masing-masing untuk penerangan lebih lanjut.

  14. Bagaimana jika kursus U2 yang ditawarkan penuh?

    Pelajar harus mendaftar pada semester akan datang sekiranya ditawarkan. Jika tidak ditawarkan pelajar harus mengambil pada sesi akan datang.

  15. Bagaimana pendaftaran kursus Ko-Kurikulum?

    Pendaftaran kursus ko-kurikulum boleh dibuat melalui SMPweb di dalam tempoh yang ditetapkan oleh universiti. Pemilihan kursus berkenaan boleh dirujuk di Pusat Ko-Kurikulum.

  16. Bagaimana sekiranya sesuatu kursus yang ingin didaftarkan telah penuh?

    Pelajar perlu memohon kepada Pejabat Dekan bagi kursus Fakulti atau kepada Jabatan masing-masing bagi kursus Jabatan.

Penjadualan

  1. Apa yang perlu dibuat sekiranya jadual kursus bertembung?

    Pelajar boleh memaklumkan kepada pensyarah dan pegawai yang menguruskan penjadualan di Pejabat Dekan.

  2. Bagaimanakah cara untuk memohon pelepasan kuliah/amali/tutoran?

    Pelajar boleh memohon secara bertulis kepada pensyarah masing-masing.

Peperiksaan

  1. Bagaimana mendapatkan transkrip akademik?

    Transkrip akademik boleh dimohon di Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar.

  2. Bagaimana menduduki peperiksaan gantian?

    Seseorang pelajar boleh memohon kepada Dekan untuk menangguhkan peperiksaan dalam tempoh 48 jam selepas peperiksaan diadakan dan sekiranya disebabkan alasan kesihatan perlu disokong dengan surat pengesahan doktor.

  3. Bila dan dimana mendapatkan slip masuk peperiksaan?

    Slip masuk peperiksaan boleh diambil di Jabatan masing-masing seminggu sebelum peperiksaan diadakan.

  4. Bagaimana prosedur peperiksaan ulangan khas untuk melengkapkan unit pengijazahan?

    Prosedur peperiksaan ulangan khas adalah seperti berikut:

    1. Pelajar berada pada semester terakhir pengajian.
    2. Memerlukan hanya satu kursus sahaja untuk tamat pengajian.
    3. Peperiksaan hanya boleh diambil sekali sahaja.
    4. Permohonan hendaklah dibuat dalam masa empat (4) minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
    5. Permohonan dikemukakan kepada Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik dengan disertakan bayaran RM25.00.
    6. Fakulti akan mengaturkan peperiksaan tersebut.
  5. Bagaimana prosedur semakan semula gred peperiksaan?

    Rayuan menyemak keputusan peperiksaan perlu dibuat secara bertulis kepada Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik dalam tempoh 4 minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan, dengan menyertakan bayaran RM25.00. Fakulti akan menubuhkan Jawatankuasa semakan dan sebarang keputusan akan disahkan oleh Senat sebelum disampaikan kepada pelajar. Keputusan mengikut kaedah ini adalah muktamad.

  6. Apakah syarat untuk mendapat Anugerah Sijil Dekan?

    Pelajar mesti mengambil sekurang-kurangnya 10 unit kursus dan mendapatkan sekurang-kurangnya PNGS 3.60 pada semester berkenaan.

Pinjaman

  1. Siapa yang boleh memberi sokongan untuk melanjutkan tempoh biasiswa?

    Pelajar boleh memohon sokongan daripada Ketua Jabatan atau Timbalan Dekan (Akademik).

  2. Di mana Borang Pinjaman PTPN boleh diperolehi?

    Borang boleh didapati di Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Hal-ehwal Pelajar atau PTPTN.

Pengijazahan

  1. Bilakah tarikh akhir pengesahan gred bagi pelajar yang menamatkan pengajian untuk membolehkan hadir konvokesyen pada tahun yang sama?

    Pengesahan gred perlu dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum Mesyuarat Senat UKM bersidang. Mesyuarat Senat diadakan dua (2) bulan sekali.

  2. Apakah gred penentu ijazah?

    Bagi pelajar mulai Ambilan Sesi Akademik 2000-2001:

    1. PNGK 3.70 - 4.00 : Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian (Cemerlang).
    2. PNGK 2.00 - 3.69 : Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian.
  3. Apakah syarat-syarat pengurniaan ijazah?

    Ijazah boleh dikurniakan kepada pelajar yang telah:

    1. memenuhi segala kehendak Akta Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjana Muda) 1990 dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;
    2. diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa dan disahkan oleh Senat; dan
    3. membayar semua bayaran yang telah ditetapkan.

Lembaga Jurutera Malaysia

  1. Bagaimana hendak mendaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia?

    Pelajar boleh mengisi borang keahlian sebagai ahli pelajar. Borang boleh didapati di Pejabat Dekan/PEMATRA.

Hal-hal Lain

  1. Bagaimana jika hendak menggunakan peralatan dari fakulti lain?

    Sila rujuk kepada Pejabat Dekan, Fakulti berkenaan.

  2. Bagaimana pelajar hendak menempah kenderaan universiti untuk aktiviti pelajar?

    Pelajar perlu mendapatkan borang dari Unit Kenderaan. Borang hendaklah ditandatangani oleh Timbalan Dekan (Pembangunan & HEP), Fakulti.

  3. Bagaimana berhubung dengan pensyarah?

    Pelajar boleh berhubung melalui e-mel, atau menyemak kehadiran bertugas pensyarah di kiosk e-Perhubungan, Fakulti atau di bilik pensyarah jabatan.

  4. Siapa yang boleh mengeluarkan surat pengesahan pelajar?

    Pengesahan boleh dibuat oleh Pejabat Dekan/Ketua Jabatan masing-masing.

  5. Siapa yang boleh mengesahkan sijil-sijil?

    Sijil-sijil boleh disahkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Bangunan PUSANIKA.

  6. Di manakah borang tuntutan tesis boleh diperolehi?

    Tiada borang tuntutan tesis bagi pelajar prasiswazah.

  7. Di manakah tesis prasiswazah dalam bentuk CD (softcopy) boleh dirujuk?

    Sekiranya pelajar ingin merujuk tesis dalam bentuk softcopy, pelajar boleh mendapatkan kemudahan berkenaan di Perpustakaan Tun Seri Lanang.