Bantuan Kewangan Penyelidikan

BANTUAN BAYARAN YURAN PENERBITAN & SUNTINGAN JURNAL TERINDEKS 2019

1. Bantuan ini terbuka kepada semua kakitangan aktif FKAB seperti berikut:

  • Kakitangan akademik aktif UKM (Berdasarkan glosari MyRA);
  • Pelajar aktif pasca siswazah UKM;
  • Kakitangan kumpulan Pengurusan & Profesional.

2. Permohonan terhad kepada penerbitan pada tahun 2019 sahaja sehingga peruntukan disediakan oleh Fakulti habis digunakan.

3. Permohonan adalah berdasarkan tuntutan (claim basis) dan juga bayaran terus.

4. Artikel ini telah menyebut (cite) lima (5) jurnal artikel penyelidik UKM.

5. Artikel perlu diterbitkan di jurnal terindeksWOS sahaja. Kelonggaran hanya diberikan kepada Seni Bina dan Pendidikan Kejuruteraan sahaja.

6. Setiap artikel layak diberi bantuan yuran penerbitan sekali sahaja;

7. Affiliasi pengarangmesti menggunakan alamat Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina;

8. Kadar maksimum bantuan penerbitan adalah mengikut kategori kuartil jurnal seperti berikut:

JENIS
KADAR MAKSIMUM
Q1/Q2
RM3,000.00
Q3/Q4:
Hanya untuk Pensyarah Muda sahaja yang telah berkhidmat tidak melebihi 3 tahun dari tarikh lapor diri selepas bercuti belajar.
RM3,000.00
SCOPUS:
Hanya untuk yuran penerbitan Seni Bina & Pendidikan Kejuruteraan sahaja.
RM1,500.00
Yuran Suntingan
(Dibenarkan sebelum dan atau selepas penghantaran artikel ke Penerbit Jurnal)

  • ArtikelWOS sahaja.
  • Artikel SCOPUS dibenarkan hanya untuk Seni Bina & Pendidikan Kejuruteraan sahaja.
RM1,500.00