Kerja Kursus (Siswazah)

Sarjana Kerja Kursus

Pada setiap semester, pelajar akan diberikan nilai gred sebagai penilaian.  Taraf pencapaian akademik dan syarat meneruskan pengajian adalah seperti berikut:

Purata Nilai Gred Taraf Pencapaian Kelayakan Meneruskan Pengajian
PNGK ≥ 3.00 Lulus Layak
2.00 ≤ PNGK ≤ 3.00 Lulus Bersyarat Percubaan
PNGK < 2.00 Gagal dan Diberhentikan Tidak Layak

Pelajar hendaklah mencapai PNGK 3.00 untuk setiap semester dan lulus semua kursus yang ditetapkan oleh program. Pelajar yang mendapat gred C- ke bawah wajib mengulang kursus berkenaan.

Seseorang pelajar yang tidak dapat meningkatkan prestasinya kepada kepada sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada semester beliau diberi status “Lulus Bersyarat” akan diberhentikan daripada mengikuti program pengajiannya. Seseorang pelajar tidak akan diberi status “Lulus Bersyarat” untuk dua semester berturut-turut di sepanjang tempoh pengajiannya;

 

Mod Penyelidikan

Penilaian pelajar di bawah mod penyelidikan adalah melalui laporan kemajuan calon, penilaian pembentangan cadangan penyelidikan, penilaian seminar pemantauan dan peperiksaan lisan.

Laporan kemajuan calon perlu dikemukakan oleh penyelia pada akhir setiap semester. Pelajar boleh diberikan status “Gagal dan Diberhentikan kerana Prestasi Akademik” sekiranya memperoleh laporan kemajuan seperti berikut:

  • “dengan Ingatan” sebanyak empat (4) kali sepanjang tempoh pengajian; atau
  • “dengan Amaran” sebanyak dua (2) kali sepanjang tempoh pengajian; atau
  • gabungan dua (2) “dengan Ingatan” dan satu (1) “dengan Amaran” sepanjang tempoh pengajian; atau
  • “Gagal dan Diberhentikan” pada mana-mana semester.

Pelajar perlu menghasilkan satu tesis yang akan dinilai oleh Pemeriksa Luar dan Pemeriksa Dalam. Pelajar kemudiaannya perlu membentangkan dan mempertahankan tesis berkenaan di hadapan Jawatankuasa Peperiksaan Lisan.