Maklumat Umum

Tujuan program ijazah sarjana muda kejuruteraan adalah untuk melahirkan jurutera yang mampu menggunakan pengetahuan saintifik untuk menjana kekayaan bagi menambahbaik taraf hidup masyarakat. Oleh itu, jurutera perlu bersikap inovatif, kreatif dan beretika dalam mencipta dan menghasilkan keperluan masyarakat seperti kenderaan, jambatan, bekalan air, peranti komunikasi dan bangunan.

Usaha-usaha ini adalah sejajar dengan Wawasan 2020 yang meletakkan cabaran kepada jurutera untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian sepenuhnya dengan teknologi tinggi serta memiliki moral dan etika yang tinggi.

Program-program kejuruteraan seharusnya mendidik jurutera-jurutera kepada pemikiran holistik dan kreatif. Dengan itu, graduan yang dihasilkan mampu untuk mendapat kerjaya yang baik dan  sesuai mengikut suasana semasa

Kelayakan untuk Kemasukan

  • Calon-calon mesti lulus dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik, Fizik dan Kimia dalam peperiksaan STPM, atau sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik, Kimia dan Biologi dan sekurang-kurangnya 4B dalam Fizik di peringkat SPM, atau
  • Calon-calon mesti lulus dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik, Fizik dan Kimia dalam peperiksaan Matrikulasi yang dikelolakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, atau sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik, Kimia dan Biologi dan sekurang-kurangnya 4B dalam Fizik di peringkat SPM, atau

Calon-calon mesti mempunyai diploma dalam bidang Kejuruteraan / Sains daripada institusi yang diiktiraf.