Program Siswazah

Permohonan adalah terbuka kepada semua bakal pelajar yang layak untuk mendaftar dalam program siswazah berikut di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):

  • Sarjana Kerja Kursus
  • Sarjana Sains
  • Doktor Falsafah

Sarjana Kerja Kursus  disasarkan kepada pelajar yang telah lama meninggalkan universiti ataupun profesional yang bekerja yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka dengan mengambil kursus-kursus profesional lanjutan tetapi tidak mahu melaksanakan penyelidikan secara intensif.

Pelajar yang mendaftar dalam program-program ini dikehendaki mengambil kursus lanjutan yang telah ditetapkan dan juga menghasilkan laporan projek sarjana pada penghujung tempoh pengajian mereka. Calon dikehendaki mendaftar dan lulus kursus berkredit 40-45 jam termasuk Projek Penyelidikan. Jamkredit bagi Projek Penyelidikan adalah antara 8-12 unit.

Sarjana Sains dan Doktor Falsafah disasarkan untuk pelajar yang berminat dengan penyelidikan dan ingin meneruskan kerjaya mereka sebagai penyelidik ataupun ahli akademik. Pelajar yang mendaftar dalam program-program ini perlu mengemukakan tesis pada penghujung tempoh pengajian. Tesis tersebut akan dinilai oleh pemeriksa luar dan dalam serta perlu dipertahankan oleh calon semasa sesi viva.

Program Eksekutif Siswazah*:

Sarjana Kejuruteraan (Sistem Pembuatan)
Sarjana Kejuruteraan (Pengurusan Industri & Teknologi)

 

*Semua Program Eksekutif dikendalikan oleh Pusat Kembangan Pendidikan. Sila rujuk pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Program Eksekutif Siswazah