Pengantarabangsaan

Program Akademik Dwi Ijazah antara Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM dan Universität Duisburg-Essen, Jerman

germans

Kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (UKM) dan Universität Duisburg-Essen, Jerman melalui kerjasama program akademik telah dimulakan pada 25 September 2002. Program-program kejuruteraan yang terlibat dalam kerjasama ini ialah:

  • Program Kejuruteraan Sarjana Muda dengan Kepujian (Kejuruteraan Komunikasi & Komputer)
  • Program Kejuruteraan Sarjana Muda dengan Kepujian (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Program Kejuruteraan Sarjana Muda dengan Kepujian (Kejuruteraan Awam & Struktur)
  • Program Kejuruteraan Sarjana Muda dengan Kepujian (Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar)

Pelajar kejuruteraan daripada program-program berkenaan yang telah selesai 3 tahun atau 6 semester berturut-turut di fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM yang telah mencapai PNGK sekurang-kurangnya 3.0 dibenarkan untuk memohon belajar tahun akhir di Universität Duisburg-Essen, Jerman. Pelajar-pelajar yang terpilih akan mengikuti kursus intensif bahasa Jerman dan seterusnya dua semester terakhir di universiti Jerman. Tempoh pengajian di Jerman mengambil masa kira-kira 18 bulan. Kumpulan pertama pelajar-pelajar yang telah mendaftar ke universiti Jerman pada tahun 2004 telah selesai kursus tahun akhir mereka dengan cemerlang. Pelajar-pelajar ini telah dianugerahkan ijazah kejuruteraan oleh oleh UKM dan UDE. Pelajar daripada universiti Jerman turut telah mengikuti proses yang sama di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM, Bangi.