Pendidikan Berasaskan Hasil

Latar Belakang

Pada tahun 2004, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM telah merintis usaha untuk mengubah kurikulum program prasiswazah ke Outcome Based Education bagi memenuhi keperluan Lembaga Jurutera Malaysia dan Kerangka Malaysian Qualification yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Melalui pendekatan ini, input daripada pihak pemegang taruh diambil kira dalam proses penyemakan semula kurikulum. Hasilnya, terdapat pendekatan pengajaran untuk beberapa kursus ditambahbaik dengan memperkenalkan pembelajaran secara kerjasama, pembelajaran berpusatkan pelajar dan pembelajaran berasaskan masalah. Kurikulum baru ini telah dilaksanakan mulai sesi akademik 2005/2006.

Berdasarkan input yang diperoleh daripada pihak yang berkepentingan, Fakulti telah membangunkan Objektif Program Pendidikan berikut yang perlu dicapai oleh setiap graduan beberapa tahun selepas mereka tamat pengajian:

  • PEO1 – Jurutera/Arkitek yang mempunyai sahsiah dan etika, serta profesionalisma yang tinggi dan menyumbang kepada Aspirasi Kebangsaan.
  • PEO2 – Jurutera/Arkitek yang kompeten dalam amalan bidang masing-masing bersesuaian dengan keperluan semasa dan masa depan.
  • PEO3 – Jurutera/Arkitek yang mempunyai daya kreatif dan inovatif, ciri keusahawanan dan sifat kepimpinan yang bersifat glokal.

Berdasarkan input yang diperoleh daripada pihak yang berkepentingan, Fakulti telah membangunkan Objektif Program Pendidikan berikut yang perlu dicapai oleh setiap graduan beberapa tahun selepas mereka tamat pengajian:

  • PO1 – Ilmu Kejuruteraan – Aplikasi ilmu dalam matematik, sains, asas kejuruteraan dan pengkhususan kejuruteraan dalam memberi penyelesaian masalah kejuruteraan yang kompleks.
  • PO2 – Analisis Masalah – Mengenal pasti, merumuskan, mengkaji literatur dan menganalisis masalah kejuruteraan yang kompleks dengan mencapai kesimpulan yang dapat menyokong dengan menggunakan prinsip pertama matematik, sains tabii dan kejuruteraan sains.
  • PO3 – Reka bentuk/Pembangunan Penyelesaian – Rekabentuk penyelesaian untuk masalah kejuruteraan yang kompleks dan sistem reka bentuk, komponen proses yang menepati keperluan spesifik dengan pertimbangan yang bersesuaian bagi kesihatan awam dan keselamatan, budaya, kemasyarakatan dan alam sekitar.
  • PO4 – Penyiasatan – Menjalankan penyiasatan terhadap masalah kejuruteraan yang kompleks menggunakan kaedah ilmu asas penyelidikan termasuk reka bentuk uji kaji, analisis dan tafsiran data, sintesis maklumat untuk memberikan kesimpulan yang sah.
  • PO5 – Penggunaan Alatan Moden – Mencipta, memilih dan mengaplikasikan teknik, sumber, dan alatan kejuruteraan dan teknologi maklumat yang moden, termasuk ramalan dan model, kepada masalah kejuruteraan yang kompleks dengan memahami hadnya.
  • PO6 – Jurutera dan Masyarakat – Mengaplikasikan pemikiran yang dimaklumkan dari konteks ilmu untuk menilai isu-isu kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan budaya serta tanggung jawab berkaitan yang relevan kepada profesional amalan kejuruteraan dan penyelesaian kepada permasalah yang kompleks.
  • PO7 – Alam Sekitar dan Kelestarian – Memahami dan menilai kemampanan dan kesan dari kerja profesional kejuruteraan dalam penyelesaian untuk masalah kejuruteraan yang kompleks dalam konteks masyarakat dan persekitaran.
  • PO8 – Etika – Aplikasi prinsip etika dan komitmen terhadap etika professional serta tanggung jawab dan norma amalan kejuruteraan yang menyumbang kepada Aspirasi Kebangsaan.
  • PO9 – Komunikasi – Berkomunikasi secara efektif berkaitan aktiviti kompleks bersama komuniti kejuruteraan dan keseluruhan masyarakat, seperti berkeupayaan untuk memahami dan menulis laporan yang efektif serta mereka bentuk dokumen, melakukan pembentangan yang efektif, serta memberi dan menerima arahan.
  • PO10 – Individu dan Kerja Berpasukan – Berfungsi secara efektif sebagai individu, dan sebagai ahli atau ketua dalam pelbagai kumpulan dan pelbagai disiplin.
  • PO11 – Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mengenal pasti keperluan dan persediaan serta keupayaan untuk melibatkan diri secara bebas dalam pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks yang luas merangkumi perubahan teknologi.
  • PO12 – Pengurusan Projek dan Kewangan – Mendemonstrasikan ilmu dan pemahaman prinsip pengurusan kejuruteraan dan membuat keputusan secara berekonomi serta aplikasi terhadap tugas yang diberi, sebagai ahli atau ketua kumpulan, untuk mengurus projek dan dalam persekitaran yang pelbagai disiplin.