Salah Laku Penyelidikan dan Plagiarisme

Salah laku penyelidikan merupakan perbuatan yang menyalahi etika penyelidikan seperti memfabrikasi, memalsu atau memplagiat dalam menghasilkan penulisan tesis/disertasi, laporan, kertas kerja, tugasan dan hasil kajian. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015, berikut merupakan jenis-jenis salah laku penyelidikan

Fabrikasi :

Mewujudkan data, merekod atau melaporkan data/keputusan yang tidak wujud.

Pemalsuan:

Memanipulasi hasil penyelidikan atau proses atau menukar atau mengeluarkan data keputusan supaya hasil penyelidikan tidak mencerminkan hasil yang sebenarnya.

Plagiarisme:

Mengambil idea, proses, hasil dapatan, penulisan, gambar atau rajah tanpa merujuk sumber rujukan yang asal dan mengakui sebagai hasil kerja sendiri.

 Peraturan 30(3) Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015, mewajibkan semakan bebas plagiat ke atas tesis/disertasi yang diserahkan untuk tujuan pemeriksaan menggunakan perisian Turnitin.