Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

 

Syarat Untuk Lulus Kursus

Pelaksanaan Peraturan berkaitan Syarat Lulus Kursus bermula melalui semester 1 sesi 2015/2016 setelah ia di luluskan oleh Senat UKM bil 413 pada 27 Ogos 2015. Pelaksanaan syarat ini terpakai kepada semua cohort pelajar di FKAB bermula pada tarikh diluluskan oleh senat.

Merujuk kepada manual EAC Edisi 2012

(M/surat 16, Seksyen 7.1 di bawah Kriteria 1: Kurikulum Akademik)

“Kecuali pendekatan penilaian berterusan yang digunapakai boleh menunjukkan pencapaian kedalaman pengetahuan seseorang, Semua IPT adalah amat diingatkan untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang lulus kursus jika mereka gagal dalam peperiksaan akhir semester mereka.”

Pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan di FKAB adalah seperti berikut:

Seseorang pelajar dikira gagal dalam sesebuah kursus apabila purata komponen sumatif yang diukur juga GAGAL iaitu dibawah 35 markah. Semua peperiksaan yang dikelaskan sebagai sumatif (atau mempunyai standard yang sama dengannya) perlu dijalankan dalam keadaan terkawal.

 

*Markah Lulus

Markah lulus iaitu 35 pada gred D akan disemak dan berkemungkinan akan dinaikkan ke satu markah lain yang akan dimaklumkan kemudian.

 

*Takrifan Terkawal

Persekitaran peperiksaan yang mana kedudukan jarak antara dua pelajar dititikberatkan, kawalan sekurang-kurangnya seorang pensyarah dan peperiksaan tersebut dijalankan secara berjadual.

 

*Takrifan Mematuhi Piawai

Penilaian Sumatif: Soalan ditafsirkan, dinilai tahap kedalaman dan peperiksaan dijalankan secara berjadual dan terkawal.

Penilaian Berterusan: Penilaian berterusan (seperti laporan projek, tugasan dan lain-lain) boleh dikategori sebagai penilaian sumatif sekiranya ia mematuhi standard yang sama dengan penilaian sumatif seperti proses penilaian dilakukan secara individu menggunakan tool yang bersesuaian seperti (rubrik) dan pecahan markah adalah bersesuaian dengan domain yang diukur. Penilaian tersebut perlulah reflektif kepada pencapaian individu pelajar dan mempunyai tahap kedalaman yang sesuai dengan tahap pengajian pelajar.

Penilaian Sumatif/Sebenar 

 (Terkawal & Mematuhi Piawai)

Penilaian Berterusan Pengiraan Purata Komponen Sumatif Keputusan Gred
Peperiksaan akhir
(%)
Mid Sem (%) Penilaian lain
(%)
Kuiz
(%)
Tugasan
(%)
PBL(%) Sila rujuk formula
Gagal ? 35 % Pengiraan seperti biasa
Gagal < 35 % E

Markah Komponen Penilaian Sebenar Pelajar (%) = (?(Markah Penilaian x Pemberat)/(Jumlah Markah Komponen Summatif dalam % )) x 100%

 

BEBERAPA CONTOH PENGIRAAN SYARAT LULUS KURSUS

Kes 1 : Penilaian Sumatif + Laporan Projek

Penilaian Sumatif/Sebenar 

 (Terkawal & Mematuhi Piawai)

Penilaian Berterusan Pengiraan Purata Komponen Sumatif Keputusan Gred
Peperiksaan akhir(40%) Mid Sem (30%) Projek(10%) Kuiz(5%) Tugasan(5%) PBL(10%) Sila rujuk formula
33/100 (Gagal)  50/100 70/100 100/100 100/100 100/100 44 % 55.5 (C+)

Markah Komponen Penilaian Sebenar Pelajar (%) = (?(Markah Penilaian x Pemberat)/(Jumlah Markah Komponen Summatif dalam % )) x 100%

= ((P. Akhir x Pemberat) + (Mid sem x Pemberat)+ (Projek x Pemberat))/(80)) x 100%

= ((33 x 0.4) + (50 x 0.3)+ (70 x 0.1))/(80)) x 100%

= (13.2 + 15 + 7)/80 x 100%

= 44 ? 35

Markah sebenar pelajar (%)        = ?(Markah Penilaian x Pemberat)

=  13.2 + 15 + 7 + 5 + 5 +10

= 55.5 (C+)

 

Kes 2 : Penilaian Sumatif

Penilaian Sumatif/Sebenar 

 (Terkawal & Mematuhi Piawai)

Penilaian Berterusan Pengiraan Purata Komponen Sumatif Keputusan Gred
Peperiksaan Akhir(40%) Mid Sem (20%) Kuiz(10%) Tugasan(20%) PBL(10%) Sila rujuk formula
33/100 (Gagal)  35/100 90/100 90/100 90/100 33.6 % E

Markah Komponen Penilaian Sebenar Pelajar (%) = (?(Markah Penilaian x Pemberat)/(Jumlah Markah Komponen Summatif dalam % )) x 100%

= ((P. Akhir x Pemberat) + (Mid sem x Pemberat))/(60)) x 100%

= ((33 x 0.4) + (35 x 0.2))/(60)) x 100%

= (13.2 + 7)/80 x 100%

= 33.6 < 35

Oleh itu, gred pelajar adalah E dan gagal  untuk kursus tersebut.

 

Kes 3 : Penilaian Sumatif

Penilaian Sumatif/Sebenar 

 (Terkawal & Mematuhi Piawai)

Penilaian Berterusan Pengiraan Purata Komponen Sumatif Keputusan Gred
Final Exam(40%) Mid Sem (20%) Quiz(10%) Assignment(20%) PBL(10%) Refer to the formula
33/100 (Fail)  80/100 90/100 90/100 90/100 48.7 % 65.2 (B-)

Markah Komponen Penilaian Sebenar Pelajar (%) = (?(Markah Penilaian x Pemberat)/(Jumlah Markah Komponen Summatif dalam % )) x 100%

= ((Peperiksaan Akhir x Pemberat) + (Mid sem x Pemberat))/60) x 100%

= ((33 x 0.4) + (80 x 0.2))/60) x 100%

= (13.2 + 16)/60 x 100%

= 48.7 ? 35

Markah sebenar pelajar (%)        = ?(Markah Penilaian x Pemberat)

=  13.2 + 16 + 9 + 18 + 9

= 65.2 (B-)

 

Kes 4 : Peperiksaan Akhir Sahaja

Penilaian Sumatif/Sebenar 

 (Terkawal & Mematuhi Piawai)

Penilaian Berterusan Pengiraan Purata Komponen Sumatif Keputusan Gred
Peperiksaan Akhir(60%) Kuiz(5%) Tugasan(5%) PBL(10%) Sila rujuk formula
33/100 (Gagal) 100/100 100/100 100/100 33.1 % E

Markah Komponen Penilaian Sebenar Pelajar (%) = (?(Markah Penilaian x Pemberat)/(Jumlah Markah Komponen Summatif dalam % )) x 100%

= (Peperiksaan Akhir x Pemberat)/60) x 100%

= (33 x 0.6)/60) x 100%

= 33/60 x 100%

= 33 < 35

Oleh itu, gred pelajar adalah E dan gagal  untuk kursus tersebut.