Faculty of Engineering and Built Environment

SEMINAR MENGENAI PELUANG MENJALANKAN PENYELIDIKAN DAN MELANJUTKAN PELAJARAN PERINGKAT PASCASISWAZAH DI NEGARA JERMAN

german

Seminar Mengenai Peluang Menjalankan Penyelidikan dan Melanjutkan Pelajaran Peringkat Pascasiswazah di Negara Jerman.
 
Tarikh : 18 Disember 2015 (Jumaat)
Masa : 9.30 Pagi hingga 4.30 Petang
Tempat : Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Seminar ini dianjurkan oleh German Academic Exchange Service (Perkhidmatan Pertukaran Akademik, Jerman) (DAAD) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi UKM (CRIM), Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  dan disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Jerman (Federal German Ministry of Education and Research).
 
Program ini menawarkan peluang kepada saintis muda dan berpengalaman, bakal pelajar Doktor Falsafah dan pelajar Pasca Doktoral, dan Ketua bahagian penyelidikan daripada seluruh universiti di Malaysia untuk bertemu wakil daripada 11 Universiti, Institut Penyelidikan dan organisasi pertukaran akademik dari negara Jerman. Fokus utama pada seminar ini adalah untuk:
 
• Memberikan maklumat mengenai peluang menjalankan penyelidikan di negara Jerman
• Menawarkan nasihat berkenaan kerjasama penyelidikan bersama Institusi Penyelidikan dari Negara Jerman
• Memaklumkan mengenai program pembiayaan untuk ditawarkan kepada individu dan projek penyelidikan
 
Program ini juga akan menawarkan sesi pembentangan dan soal jawab yang interaktif bersama pakar-pakar dari universiti di  Jerman dan Malaysia dan juga peluang untuk bertemu dan berbincang bersama-sama wakil dari universiti di Jerman di ruangan pameran yang telah disediakan.
 
Bagi tujuan pendaftaran, sila layari laman web di http://www.research-in-germany.org/malaysia2015