Sistem Pementoran Akademik FKAB

Kepada semua pelajar
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sistem Pementoran Akademik FKAB

Pementoran merupakan satu kaedah bimbingan akademik dalam meningkatkan tahap kompetensi pelajar. Pementoran ini melibatkan kesemua pelajar tanpa mengira prestasi pencapaian mereka. Setiap pelajar yang mendaftar di FKAB telah ditentukan mentor mereka masing-masing oleh pihak jabatan.

Bermula semester 1 Sesi Pengajian 2017/2018 semua pelajar perlu berjumpa dengan mentor mereka untuk mendapat bimbingan dan khidmat nasihat supaya prestasi akademik pelajar sentiasa meningkat. Pertemuan ini adalah WAJIB dan perlu dilakukan pada awal semester. Borang Mentor-Mentee (Rujuk Lampiran) telah disediakan dan pelajar perlu membawa borang ini untuk diisi oleh mentor masing-masing dan seterusnya menyerahkan borang tersebut kepada Pejabat Dekan atau bersama-sama dengan borang tambah dan gugur kursus sebelum minggu ke-4.

Semua pelajar perlu membawa slip keputusan peperiksaan semester 2 Sesi 2016/17 untuk bertemu dengan mentor bagi tujuan pemantauan. Pelajar program kejuruteraan tahun 1 dan tahun 2 pada sesi tersebut pula perlu membawa Portfolio Akademik Pelajar bagi memudahkan mentor menilai dan memantau pencapaian atribut mereka.

 

Sekian terima kasih

PROF. IR. DR. MOHD SYUHAIMI AB RAHMAN
Timbalan Dekan Prasiswazah
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Borang Pengesahan Perjumpaan Mentor-Mentee