Faculty of Engineering and Built Environment

 

SPPP dan e-FaCt

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Penilaian Pengajaran dan Penyeliaan (SPPP) dan Sistem Aduan dan Maklum Balas UKM (e-FaCt) adalah diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada para pelajar. Kedua-dua sistem ini mempunyai tujuan dan peranan yang berbeza dan pelajar perlu memilih dan mengisi mengikut kesesuaian situasi yang dihadapi. Fakulti mengambil perhatian yang serius terhadap setiap cadangan daripada para pelajar dan pelajar dinasihatkan menggunakan kedua-dua sistem ini secara berkhemah dan beretika supaya ia memberi manfaat kepada semua warga UKM keseluruhannya.

 

SISTEM PENILAIAN PENGAJARAN & PENYELIAAN (SPPP)

SPPP adalah sistem yang menilai kualiti pengajaran kursus daripada perspektif pelajar. Ia merupakan salah satu sistem maklum balas pelanggan rasmi yang digunakan untuk menilai kecekapan dan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah (secara kerja kursus). Di samping itu, input yang diperoleh daripada pelajar melalui sistem ini juga digunakan untuk penambahbaikan kualiti berterusan program pengajian berkenaan. Sebagai contoh, pelajar perlu mengisi borang maklum balas ini untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung pada semester lalu agar kesan penambahbaikan yang dilakukan dapat dilihat pada sesi berikutnya.

 

Sistem ini boleh dicapai di  https://smp.ukm.my/sppk/index.cfm

 

SISTEM ADUAN DAN MAKLUM BALAS UKM (e-FACt)

e-FACt merupakan satu sistem yang merangkumi pengurusan aduan, maklum balas, cadangan, penghargaan dan permohonan perkhidmatan daripada warga UKM dan bukan warga UKM. Sistem ini dibina bagi mengintegrasikan 5 sistem yang sedia ada di UKM iaitu Sistem Maklum Balas &  Aduan  ICT (SMAICT), Sistem Maklum Balas &  Aduan Kerosakan (SAK), Sistem Maklum Balas dan Pertanyaan, Sistem Aduan Dalaman (SAD) dan Sistem Aduan Dalaman Pelajar (SADP). Tujuan sistem  ini dibangunkan adalah untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan, pengurusan aduan yang sistematik, perkongsian maklumat yang cepat, telus  dan efisien dan adalah untuk menjana laporan maklum balas dan aduan dengan lebih sistematik dan fleksibel. Pusat Jaminan Kualiti dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menganalisis maklum balas yang diterima dan memastikan setiap aduan yang diterima ditangani dengan baik dan berkesan. Sistem aduan dan maklumbalas ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang berlaku agar penambahbaikan dapat dilakukan dengan kadar SEGERA untuk kebaikan pelajar (pengadu) dan juga rakan-rakan lain pada sesi sekarang (terutamanya) dan juga pelajar-pelajar lain sesi berikutnya.

 

Sistem ini boleh dicapai di www.ukm.my/efact