Kolej Aminuddin Baki

 KAB

ABC

Penganjuran program ABC atau Aminuddin Baki Carnival merupakan satu karnival hari keluarga tahunan untuk warga Kolej Aminuddin Baki. Program yang gemilang ini bertemakan “Family First” akan diadakan selama dua hari berturut-turut bermula dari 3 December 2016 hingga 4 December 2016 yang merangkumi acara berbentuk holistik seperti sukan, kebudayaan, keusahawanan, dan ilmiah yang melibatkan warga Kolej Aminuddin Baki pada karnival ABC 2016 ini. Karnival ini yang bertempat di dataran K4 akan melibatkan pelbagai jenis gerai sama ada dari peniaga luar atau daripada warga Kolej Aminuddin Baki itu sendiri.

Selain daripada pelbagai aktiviti yang akan dijalankan, Program ABC ini dapat mengeratkan hubungan antara warga kolej dan felo-felo kolej. Ia juga menggalakkan penglibatan penghuni kolej dalam aktiviti yang disediakan dan melatih semangat kepimpinan dan kerjasama antara peserta melalui program ini. Program ABC ini juga melahirkan pelajar yang kreatif dan sentiasa berinovasi untuk mengeluarkan idea-idea baru dalam aspek berorganisasi.

Untuk Maklumat Lanjut : Tekan Sini

Translate »