Diskusi KASES 3/2019 : Sistem Pentadbiran Adat Perpatih Negeri Sembilan

 

Diskusi KASES Bil.3/2019 telah berlangsung dengan tajuk Sistem Pentadbiran Adat Perpatih Negeri Sembilan pada 10 Julai 2019 yang disampaikan oleh YBrs. En. Mohd Khairil Hisham bin Mohd Ashaari, Kurator, Galeri DiRaja Tuanku Jaafar pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat LESTARI UKM. Perbincangan Diskusi KASES kali ini adalah mengenai pengalaman penyelidikan beliau mengenai adat perpatih di Negeri Sembilan berdasarkan skop politik, ekonomi, sosial, spiritual dan budaya. Selain itu, cabaran dalam mempertahankan adat perpatih dalam konteks masa kini untuk masa depan turut dijelaskan di dalam pembentangan ini seperti kata pepatah “Biar mati anak jangan mati adat”.

Dr. Sharina Abdul Halim