Kajian Impak Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) ke atas Pengurusan Hutan, Industri dan Perdagangan di Negeri Sarawak, Sabah dan Johor.

Pensijilan hutan merupakan satu alat yang sangat penting di dalam usaha untuk mengiktiraf produk kayu yang dihasilkan daripada hutan bersijil telah mematuhi peraturan dan garispanduan yang disediakan mengikut piawaian tertentu. Ianya merupakan instrument dengan mekanisme berasaskan pasaran secara sukarela yang direkabentuk untuk menilai, mendokumentasi dan mengiktiraf amalan pengurusan hutan lestari (SFM). Sebagai satu skema sukarela, pensijilan hutan membantu kerajaan dan pemilik hutan untuk mengurus hutan dengan lebih berkesan dan memastikan hasrat untuk mencapai pengurusan hutan yang lestari.

Sehubungan dengan itu satu kajian untuk menilai pelaksanaan pensijilan hutan di Malaysia sedang dilakukan, dibawah projek The Impact of MTCS on Forest Management, Industry and Trade yang dilaksanakan oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM dan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri dan rakan industri perkayuan.

Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai dan menentukan kesan pelaksanaan Skim Persijilan Kayu Malaysia (MTCS) terhadap pengurusan hutan, industri dan perdagangan dalam kalangan sektor industri hutan yang diperakui, agensi kerajaan, sektor syarikat pembalakan, syarikat pemprosesan kayu primer dan sekunder dan syarikat perdagangan kayu.

Kajian ini melibatkan 3 fasa :

Fasa 1

  • Menentukan keadaan dan kemajuan pelaksanaan MTCS di Malaysia
  • Mengenalpasti faktor utama dan pemacu yang memberi kesan kepada pelaksanaan MTCS di dalam pengurusan hutan

Fasa 2

  • Menentukan keadaan dan kemajuan pematuhan MTCS oleh industri perkayuan
  • Mengenalpasti faktor utama dan pemacu yang memberi kesan kepada pematuhan MTCS oleh industri

Fasa 3

  • Menilai kefahaman untuk penerapan syarat-syarat CoC di bawah MTCS oleh syarikat-syarikat balak, pembekal kayu dan pengeksport
  • Mengenalpasti jenis produk kayu yang disijilkan
  • Mengenalpasti trend permintaan bekalan kayu yang disijilkan di Malaysia dan antarabangsa

Senarai ahli penyelidik yang terlibat.

  1. Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed – Ketua Projek
  2. Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail – Ketua Penyelidik
  3. Madya Dr. Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz – Penyelidik
  4. Cik Ku Adriani Ku Ayob – Penyelidik Bersama
  5. Cik Nurul Hidayah Shamsul Ariffin – Pembantu Penyelidik
  6. Cik Siti Zuhaili Hasan – Pembantu Penyelidik
  7. Cik Nurlina Mohamad Ramzan – Pembantu Penyelidik
  8. Cik Sarah Najwa Mohd Masri – Pembantu Penyelidik Siswazah / Pelajar Sarjana
  9. Encik Shah Badri bin Mohd Nor – Pegawai MTIB / Pelajar Doktor Falsafah
  10. Cik Sabrina Mawasi – Pegawai MTCC / Pelajar Sarjana
  11. Puan Rohaiza binti Abdul Kadir Zailani – Pegawai MTIB / Pelajar Sarjana

Projek kajian ini diluluskan untuk dilaksanakan dalam tempoh 36 bulan bermula dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2022. Namun disebabkan oleh pandemik, tempoh masa kajian ini telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2023.

 

  1. Kerja lapangan dan Bengkel di Negeri Sarawak pada 20 – 27 Jun 2022.

Perbincangan strategik bersama jabatan dan agensi Negeri Sarawak yang diadakan di Hotel Imperial Kuching Sarawak pada 20 dan 21 Jun 2022.

Jabatan Perhutanan Sarawak

Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC)

Sarawak Timber Association (STA)

Sarawak Forestry Corperation (SFC)

 

Kerja lapangan di jalankan di kawasan konsesi dibawah pengurusan Raplex Sdn Bhd.

Penerangan diberikan oleh Encik Nelson Bijack Chas, Pengurus Besar Kapit FMU merangkap Pengurus Hutan di Bahagian Pengurusan Hutan Lestari Kumpulan Ta Ann.

Pengasingan balak dilakukan di matau.

Mengenalpasti pokok yang hendak ditebang

Proses pemotongan balak

Menandakan balak yang telah ditebang.

Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Hutan Sarawak, Encik Semilan Anak Ripot, memberikan penerangan berkaitan royalti yang dikenakan untuk setiap balak yang ditebang.

Balak yang disudah ditanda dan diasingkan sebelum dibawa keluar dari hutan.

Aktiviti semaian anak balak jenis kelampayan/laran  dilakukan di nurseri Raplex sebagai salah satu usaha penanaman semula pokok balak.

Gambar berkumpulan bersama bahagian operasi Raplex FMU.

 

Lawatan ke kilang papan milik Ta Ann Plywood Sdn. Bhd.

Pegawai yang menguruskan Pensijilan Rantaian  Penjagaan kayu dan produk kayu di Kilang Papan  milik Ta Ann Plywood Sdn. Bhd, Encik Handrie Ting sedang memberikan penerangan berkaitan proses pensijilan.

Penerangan mengenai jenis produk yang dipasarkan.

Antara produk yang dipasarkan.

Gambar berkumpulan yang terdiri daripada penyelidik dari LESTARI UKM, pegawai atasan dari Jabatan Perhutanan Sarawak, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dan kakitangan Kilang Papan Ta Ann Plywood Sdn Bhd.

 

  • Kerja lapangan dan Bengkel di Negeri Sabah pada 18 – 26 Julai 2022.

Perbincangan strategik bersama Jabatan Perhutanan Sabah, MTCC dan LESTARI

Penyerahan cenderahati kepada Encik Musa Salleh, Ketua Bahagian SFM, Jabatan Perhutanan Sabah

Bersama Encik Paul Liau, Pengurus KTS Plantation Sdn. Bhd.

Sesi perbincangan dan taklimat bersama KTS Plantation Sdn. Bhd

Taklimat operasi pengusahasilan oleh KTS Plantation Sdn. Bhd.

Aktiviti pengukuran pokok

Sesi gambar berkumpulan di tapak matau utama KTS Plantation Sdn. Bhd.

Tempat pengumpulan kayu balak di kilang

Penyerahan cenderahati kepada Encik J.K. Kim, Pengurus Khaspermata Sdn. Bhd. selepas sesi perbincangan.

Blok tapak penanaman spesies pokok Laran (Neolamarckia cadamba) di Jawala Plantation Industries Sdn. Bhd.

Blok tapak penanaman spesies pokok Laran (Neolamarckia cadamba) di Jawala Plantation Industries Sdn. Bhd.

Penyerahan cenderahati bersama Encik Cliff Edison, Pengurus Restorasi, Jawala Plantation Industries Sdn. Bhd.

Sesi perbincangan bersama Encik Teddy Sius, Pengurus FMU, Sapulut Forest Development Sdn. Bhd.

Lawatan ke tapak nurseri Sapulut Forest Development Sdn. Bhd.

Sesi gambar berkumpulan di Sapulut Forest Development Sdn. Bhd.

Penyerahan cenderahati selepas sesi perbincangan bersama Encik Benedict Michael (Pengurus Perolehan) dan Encik Mori (Pengurus Kilang) di Perusahaan Kosinar Sdn. Bhd.

Aktiviti pembuatan produk papan lapis di Perusahaan Kosinar Sdn. Bhd.

Sesi gambar berkumpulan di Perusahaan Kosinar Sdn. Bhd.

Taklimat bersama Encik Alfred Yong (Wakil Pengurusan CoC) di Bidasari Sdn. Bhd.

Sesi gambar berkumpulan di Bidasari Sdn. Bhd.

Upacara perasmian oleh Tuan Haji Fadzil Yahya, Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan dan Pengurusan), Jabatan Perhutanan Sabah di Sesi Perbincangan Strategik bersama pemegang perjanjian lesen Sabah (SFMLA) di Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Para peserta yang hadir ke Sesi Perbincangan Strategik

Sesi gambar berkumpulan

Sesi perbincangan strategik bersama pihak industri perkayuan di Sabah

Sesi gambar berkumpulan

 

  • Bengkel di Negeri Johor pada 6 Disember 2022.

Tuan Haji Zulfakar bin Ali, Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) sedang memberikan ucapan pembukaan bagi mewakili Pengarah Perhutanan Negeri Johor.

Wakil-wakil dari Industri Perkayuan Negeri Johor

Sesi dialog yang dikendalikan oleh Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail, Felo Bersekutu LESTARI UKM.

Sesi penyampaian cenderamata kepada Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Gambar berkumpulan peserta bengkel

Kajian ini telah melepasi fasa 2 dan kini berada pada fasa 3 dimana kumpulan penyelidik sedang menganalisa hasil dapatan dari soal selidik dan input yang diterima dari kerja lapangan dan bengkel yang dianjurkan di negeri yang berkaitan.

 

Laporan disediakan oleh:

Ku Adriani binti Ku Ayob, 27 Disember 2022