Kajian Impak Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) ke atas Pengurusan Hutan, Industri dan Perdagangan di Negeri Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Kedah.

Pensijilan hutan merupakan satu alat yang sangat penting di dalam usaha untuk mengiktiraf produk kayu yang dihasilkan daripada hutan bersijil telah mematuhi peraturan dan garispanduan yang disediakan mengikut piawaian tertentu. Ianya merupakan instrument dengan mekanisme berasaskan pasaran secara sukarela yang direkabentuk untuk menilai, mendokumentasi dan mengiktiraf amalan pengurusan hutan lestari (SFM). Sebagai satu skema sukarela, pensijilan hutan membantu kerajaan dan pemilik hutan untuk mengurus hutan dengan lebih berkesan dan memastikan hasrat untuk mencapai pengurusan hutan yang lestari.

Sehubungan dengan itu satu kajian untuk menilai pelaksanaan pensijilan hutan di Malaysia sedang dilakukan, dibawah projek The Impact of MTCS on Forest Management, Industry and Trade yang dilaksanakan oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM dan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri dan rakan industri perkayuan.

Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai dan menentukan kesan pelaksanaan Skim Persijilan Kayu Malaysia (MTCS) terhadap pengurusan hutan, industri dan perdagangan dalam kalangan sektor industri hutan yang diperakui, agensi kerajaan, sektor syarikat pembalakan, syarikat pemprosesan kayu primer dan sekunder dan syarikat perdagangan kayu.

Kajian ini melibatkan 3 fasa :

Fasa 1

  • Menentukan keadaan dan kemajuan pelaksanaan MTCS di Malaysia
  • Mengenalpasti faktor utama dan pemacu yang memberi kesan kepada pelaksanaan MTCS di dalam pengurusan hutan

Fasa 2

  • Menentukan keadaan dan kemajuan pematuhan MTCS oleh industri perkayuan
  • Mengenalpasti faktor utama dan pemacu yang memberi kesan kepada pematuhan MTCS oleh industri

Fasa 3

  • Menilai kefahaman untuk penerapan syarat-syarat CoC di bawah MTCS oleh syarikat-syarikat balak, pembekal kayu dan pengeksport
  • Mengenalpasti jenis produk kayu yang disijilkan
  • Mengenalpasti trend permintaan bekalan kayu yang disijilkan di Malaysia dan antarabangsa

Senarai ahli penyelidik yang terlibat.

  1. Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed – Ketua Projek
  2. Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail – Ketua Penyelidik
  3. Madya Dr. Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz – Penyelidik
  4. Cik Ku Adriani Ku Ayob – Penyelidik Bersama
  5. Cik Nurul Hidayah Shamsul Ariffin – Pembantu Penyelidik
  6. Cik Siti Zuhaili Hasan – Pembantu Penyelidik
  7. Cik Nurlina Mohamad Ramzan – Pembantu Penyelidik
  8. Cik Sarah Najwa Mohd Masri – Pembantu Penyelidik Siswazah / Pelajar Sarjana
  9. Encik Shah Badri bin Mohd Nor – Pelajar Doktor Falsafah (Pegawai MTIB)
  10. Cik Sabrina Mawasi – Pelajar Sarjana (Pegawai MTCC)
  11. Puan Rohaiza binti Abdul Kadir Zailani – Pelajar Sarjana (Pegawai MTIB)

Projek kajian ini diluluskan untuk dilaksanakan dalam tempoh 36 bulan bermula dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2022. Namun disebabkan oleh pandemik, tempoh masa kajian ini telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2023.

  1. Kerja lapangan dan Bengkel di Negeri Terengganu pada 6 – 10 November 2021

Encik Mohd Shahril Nizam bin Mat Ali, Pegawai Hutan Daerah, Pejabat Hutan Terengganu Barat sedang memberikan taklimat berkaitan proses perlesenan di Hutan Simpan Jerangau.

 

Penggunaan Logfisher oleh syarikat pembalakan untuk mengurangkan impak pembalakan terhadap alam sekitar (RIL).

Encik Hilmi Bin Awang, Pengurus Besar Kilang Papan Pesaka sedang memberikan penerangan mengenai kayu balak yang telah diproses.

 

Bengkel bersama rakan-rakan industri perkayuan di Negeri Terengganu yang diadakan di Dewan Pejabat Hutan Terengganu Utara.

 

2. Kerja lapangan dan Bengkel di Negeri Perak pada 13 – 17 Mac 2022

Encik Mohd Hafiz Bin Samsudin, Pegawai Hutan Daerah Kuala Kangsar, Jabatan Perhutanan Negeri Perak sedang memberikan taklimat mengenai Hutan Simpan Piah.

 

Penebang sedang memotong kayu balak mengikut jumlah tual.

 

Lawatan ke Kilang Papan Slim River Sdn Bhd.

 

Proses pemotongan kayu balak.

Bengkel bersama rakan-rakan industri perkayuan Negeri Perak

 

3. Bengkel di Negeri Sembilan pada 21 – 22 Mac 2022

Bengkel bersama rakan-rakan industri perkayuan Negeri Sembilan.

 

Sesi dialog bersama rakan-rakan industri

 

4. Kerja lapangan dan Bengkel di Negeri Pahang pada 27 – 31 Mac 2022

Encik Norshazlee Bin Roslee, Pegawai Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sedang memberikan taklimat di Hutan Simpan Berkelah.

 

Proses mengukur saiz dirian pokok.

 

Proses penandaan tual balak dengan nombor tag.

 

Pekerja Kilang Perabot Green River Wood sedang menyediakan komponen perabot.

 

Encik Ng Kok Siong, Pengurus Kilang Syarikat Maran Timber Sdn. Bhd. sedang memberikan taklimat berkaitan dengan struktur syarikat.

Syarikat Maran Timber menggunakan teknologi maju dalam pembuatan produk kayu.

Kayu papan yang telah dilabel dan sedia untuk dieksport.

Bengkel bersama rakan-rakan industri perkayuan Negeri Pahang.

Peserta bengkel sedang memberikan pendapat berkaitan dengan pensijilan kayu.

Gambar tetamu kehormat bersama peserta bengkel.

 

5. Perbincangan di Negeri Pulau Pinang pada 18 April 2022

Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Encik Muhamad Ezhar Bin Yusuf, Timbalan Pengarah Perhutanan Operasi, YM Tengku Mohd Ridzuan Bin Tengku Ibrahim dan pegawai-pegawai perhutanan diberikan taklimat projek kajan.

Bergambar bersama Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Encik Muhamad Ezhar Bin Yusuf, Timbalan Pengarah Perhutanan Operasi, YM Tengku Mohd Ridzuan Bin Tengku Ibrahim.

 

6. Perbincangan di Negeri Kedah pada 19 April 2022

Prof. Madya Dr. Ahmad Fariz, Ketua Projek sedang menerangkan tentang projek kajian kepada Encik Muhamad Bin Abdullah, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Timbalan Pengarah Operasi, Timbalan Pengarah Pembangunan dan pegawai-pegawai kanan.

 

Bergambar bersama Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Zainuddin bin Jamaluddin, Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Encik Mohd Mustakim serta Pegawai Hutan Daerah Kedah Utara, Kedah Tengah, Kedah Selatan, dan Pulau Langkawi.

 

Kajian ini masih dijalankan dan data sedang dikumpul mengikut negeri. Kajian lapangan dan bengkel seterusnya akan diadakan di Negeri Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat ini.

 

Laporan disediakan oleh:

Ku Adriani binti Ku Ayob, 20 April 2022