Klinik Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

Klinik Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) telah diadakan pada 7 Mac 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Kuliah Utama LESTARI UKM. Klinik yang dihadiri oleh lima orang ahli akademik ini diadakan pada sebelah pagi bermula dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Klinik ini berjalan dengan jayanya dengan kehadiran Profesor Dr. Ruslan Rainis sebagai penceramah utama. Profesor Dr. Ruslan merupakan Ketua Penilai Geran Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi domain Sains Sosial dan berpengalaman luas dalam menilai kertas cadangan penyelidikan geran KPT.

Justeru, pengajuran Klinik ini telah membantu peserta untuk memantapkan kertas cadangan penyelidikan dan meningkatkan peluang kertas cadangan penyelidikan tersebut diluluskan oleh KPT.

Senarai ahli akademik yang hadir
Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah
Dr. Rospidah Ghazali
Dr. Nor Diana Mohd Idris
Gs. Dr. Nuriah Abd Majid
Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin

Disediakan oleh:
Ku Adriani binti Ku Ayob
Ahli Jawatankuasa
7.3.2023