Perbincangan Kajian antara LESTARI dan INHART IIUM

Dari kiri : Dr. Muhammad Aizat, Dr. Noor Faizul Hadry, Dr. Muhammad Shirwan, Prof. Madya Dr. Saiful Arif, Prof. TS. Dr. Azura Amid,
Dr. Sharina Abdul Halim, Cik Ku Adriani

 

Tarikh: 8 Julai 2019
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama LESTARI

8 Julai 2019, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM dan Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa, (INHART) UIA, telah mengadakan satu perbincangan yang membincangkan potensi jalinan kerjasama penyelidikan dalam membangunkan satu modul latihan berkaitan Kelestarian dan Industri Halal. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh wakil pengarah LESTARI, Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah merangkap Timbalan Pengarah LESTARI.

INHART diwakili oleh Prof. TS. Dr. Azura Amid, Timbalan Dekan merangkap Ketua Bahagian Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi, Dr. Muhammad Aizat Jamaludin, Ketua Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan, Dr. Noor Faizul Hadry bin Nordin, Ketua Bahagian Sains dan Teknologi dan Dr. Muhammad Shirwan Abdullah Sani, Ketua Bahagian Makmal.

Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Dr. Sharina Abdul Halim, Ketua Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) dan Cik Ku Adriani Ku Ayob, Pegawai Penyelidik KASES.

Laporan disediakan oleh Dr. Sharina Abdul Halim dan Cik Ku Adriani.