Sekalung Penghargaan

Seluruh warga Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Sharina Abdul Halim di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pusat Penyelidikan Langkawi yang bermula dari 15 November 2020 sehingga 14 November 2023.

Warga KASES juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan, jasa baik serta khidmat bakti yang telah diberikan oleh Dr. Sharina sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Penyelidikan KASES bermula 1 Mac 2018 sehingga 14 November 2020. Sesungguhnya, jasa yang ditaburkan oleh Dr. Sharina sepanjang perkhidmatan beliau di Pusat Penyelidikan KASES amat besar maknanya dan akan terus dikenang.

Warga KASES amat berterima kasih dan mendoakan agar Dr. Sharina terus maju jaya dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan LESTARI dan UKM.

Disediakan oleh,
Ku Adriani Ku Ayob