Ucapan Tahniah Pelantikan sebagai Pengerusi Pusat KASES

Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. A. Aldrie Amir yang telah dilantik sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) LESTARI UKM untuk tempoh tiga tahun mulai 15 November 2020 hingga 14 November 2023.

Pihak LESTARI mengucapkan tahniah atas pelantikan ini. Semoga Dr. Aldrie dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan LESTARI dan UKM. Syabas diucapkan sekali lagi.